Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Salam Sejahtera

Semoga Menjadi Insan Yang Bermaruah Dan Berguna. Ilmu Itu Pelita Hidup

Misi

2010 Tahun Memulakan Kejayaan Dan Menyelesaikan Segala Masalah
Hidup Bahagia Di samping Keluarga Tersayang.

Friday, April 30, 2010

Borang Cukai Pendapatan

Hujung April sering menjadi igauan kepada aku kerana pada saat akhir barulah teringat untuk mengisi borang cukai tersebut. Perlukah diisi?

Aku sudah disaman pada awal pekerjaan aku dahulu. Ini disebabkan aku membuat tak tahu mengenai borang cukai tersebut. Pada masa itu aku belum lagi sepatutnya dikenakan cukai dengan gaji yang ciput tetapi borang tersebut telah sampai kepada aku. Akhirnya aku terpaksa membayar denda selama 7 tahun pengiraan cukai tersebut. Ini telah diputuskan oleh mahkamah yang telah mendapati aku bersalah kerana tidak mengisi dan memulangkan borang tersebut.

Demam aku mengumpul duit untuk membayar denda tersebut. Sejak itu, setiap tahun aku akan memastikan borang cukai tersebut diisi dan dikembalikan.

Sekarang sudah masuk tahun ke 3 aku menggunakan e-filing dan tahun inilah yang paling cepat sekali borang tersebut diisi dan dikembalikan tanpa mengalami sebarang masalah. Thanks.
.

Monday, April 19, 2010

Apa yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciciran

Perjuangan harus diteruskan walau apa yang berlaku. Jika ianya benar dan hak yang perlu dipertahankan dan perjuangkan maka akhirnya ianya bukan sia-sia.

Pandangan setiap orang tak akan sama dengan siapa yang melakukannya dan menghadapinya. Yang menghukum dan yang kena hukum semestinya dua pihak yang berbeza kepentingan. Tak kiralah sama ada ianya palsu atau kesempatan tetapi selepas ianya dimanafaatkan sebaiknya maka seolah-olah semuanya benar bagi pihak yang menghukum kerana kuiasa yang ada di tangan mereka.

Bagaimana jika ianya gagal, adakah kita akan menyesal memperjuangkannya selama ini. Harap semakin hari kita akan menjadi semakin cerdik dan tidak lagi duduk di takuk lama.

Thursday, April 8, 2010

Cakap Banyak

Perlukah kita bercakap banyak. Lebih banyak kita bercakap maka semakin terserlah lah kelemahan diri kita sendiri. Ini disebabkan bercakap banyak memerlukan idea dan bekalan maklumat yang banyak serta betul.

Adakah kita bercakap banyak berpandukan fakta atau maklumat yang telah di buat rujukan dari sumber-sumber yang boleh dipercayai kesahihannya. Atau bercakap sahaja mengikut cita rasa atau idea yang datang semasa kita sedang bercakap atau suka-suka.

Bercakaplah atas perkara yang dikehendaki tanpa melencung kepada perkara yang tidak berkenaan. Bergurau juga ada batasan dan hadnya.