Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Salam Sejahtera

Semoga Menjadi Insan Yang Bermaruah Dan Berguna. Ilmu Itu Pelita Hidup

Misi

2010 Tahun Memulakan Kejayaan Dan Menyelesaikan Segala Masalah
Hidup Bahagia Di samping Keluarga Tersayang.

Saturday, July 31, 2010

Kemalangan kereta

Itulah terjadi jika kita leka dan tidak berhati-hati. Bukan itu yang kita impikan dan inginkan tetapi jika ianya berlaku, mahu tak mahu kita harus menghadapinya.

Kemana dan bagaimana kita akan menghadapinya dengan cara bijaksana akan menyelesaikan perkara tersebut dengan baik.

Hadapi situasi dengan kesabaran dan ketelusan serta keikhlasan semoga dapat menyelesaikan sebarang masalah dengan bijaksana.

Malang tak berbau

Kesilapan dan kelekaan sedikit akan mengakibatkan kemalangan yang tidak dijangka. Mungkin setiap orang tidak mahu berhadapan dengan situasi kemalangan tersebut tetapi jika ianya berlaku maka mahu tak mahu kita terpaksa menghadapinya.

Kerugian masa, imbuhan kepada mereka yang berkenaan, bayaran saman dan kos pembaikian terpaksa dihadapi. Mungkin kosnya akan berganda jika terdapat kecederaan kepada mereka yang terlibat dan berkenaan.

Berhati-hatilah pada setiap masa sebelum perkara dan kemalangan tersebut berlaku. Akibatnya amat merugikan.

Tuesday, July 27, 2010

Ingin membuat keluarga gembira

Adakah keluarga kita gembira dan bahagia. Bagaimana kita boleh menilai kebahagian dan kegembiraan keluarga kita. Kita dapat mengembirakan keluarga dengan memberi apa yang mereka minta tetapi kebahagian keluarga perlulah bersama dengan kasih sayang.

Mungkin kebendaan perlu semasa bersama keluarga tetapi ianya bukanlah segalanya. Kasih sayang amat penting dalam membina keluarga yang bahagia kerana keluarga yang bahagia datangnya dari isi keluarga yang berasa selesa dan memerlukan satu sama lain.

Memberi dan menerima dalam kemesraan keluarga dapat membina kekuatan keluarga tersebut dan mengeratkan hubungan kekeluargaan tersebut. Hubungan tersebut perlu dipupuk untuk senditasa segar dan mesra sesama keluarga.

Sayang keluarga samalah seperti kita menyayangi diri sendiri. Binalah keluarga yang saling memerlukan sesama sendiri.

Kecewa dengan tindakan atasan

Berurusan dengan kekitangan adalah suatu cabaran yang sukar di jangka. Ia boleh menjadi suatu yang amat menyeronokkan kerana dapat menambah kekuatan pasukan terhadap tugas. Tetapi ada juga pekerja yang akan menghancurkan pasukan jika tidak dipantau dari awal.

Pekerja mahukan sesuatu perkara dan arahan itu mengikut kehendak mereka. Jika sesuatu arahan itu memberi faedah dan menyenangkan mereka maka akan gembiralah mereka menerima arahan tersebut tetapi jika sebaliknya maka mereka berusaha untuk menolaknya. Mereka akan memberi berbagai alasan dan cuba untuk memprotesnya dengan berbagai cara.

Adakah perlu pengurusan dan penyelia mengikut kehendak pekerja bawahan semasa melaksanakan tugas dan memberi arahan. Kenapa tidak diangkat pekerja tersebut menjadi pengurus supaya selesai sagala masalah pengurusan.

Sememangnya mereka tidak layak untuk dilantik sebagai pengurusan kerana pengalaman, kelulusan dan keupayaan mereka. Maka pengurusan perlu tahu apa yang sepatutnya dilakukan. Membantu pekerja melaksanakan tanggungjawab mereka adalah berbeza dengan membiarkan pekerja mengawal keadaan dan tindakan pihak pengurusan. Kebajikkan pekerja sememangnya perlu dijaga tetapi pengurusan juga memerlukan perhatian dan kebajikkan mereka juga perlu diutamakan.

Menghormati ketua adalah perlu dalam pasukan kerana jika ketua dihormati maka pekerja dengan sedirinya akan diberi perhatian.

Wednesday, July 21, 2010

Keputusan yang tidak popular

Seseorang itu harus membuat keputusan dan memikirkan sesuatu perkara itu baik atau buruknyakeputusan yang menentukan masa depan beliau atau

Friday, July 9, 2010

Berhenti atau diberhentikan

Perlukah kita berhenti jika menghadapi masalah yang direka dan dilakukan oleh orang lain. Apa sebab sebenarnya kita ingin berhenti. Adakah kita mengalah dengan kerenah dan birokrasi orang lain. Berjayakah kita mengubah keadaan dengan berhenti atau berjayakah kita selepas ini apabila mengalah dengan keadaan yang sememangnya diwujudkan oleh orang lain dan bukan kita yang lakukannya. Tidak adakah masalah sebegini di tempat lain. Mengalah bererti kita mengaku kalah dan tidak semestinya kita akan bangkit semula seperti orang yang dianggap berjaya. Kita terpaksa memulakan semula kehidupan kita dari awal.

Banyak perkara yang terjadi dan berlaku disebabkan oleh kelemahan diri kita sendiri. Renungkanlah diri kita sendiri terlebih dahulu apabila menghadapi sebarang masalah. Kita yang gagal untuk mengawal keadaan atau membenarkan perkara tersebut wujud dan membara dalam kehidupan kita dan seterusnya merosakkan diri kita akhirnya. Sememangnya kelemahan diri seseorang itu adalah kekuatan orang disekelilingnya jika mereka mengunakan kesempatan tersebut.

Tetapi setiap kelemahan itu boleh diperbaiki. Tetapi seseorang itu perlu tahu bagaimana untuk memperbaikinya dan sanggup memperbaikinya. Setiap perkara ada cabarannya. Cabaran akan lebih kuat jika kita lemah dan kurang arif mengenainya. Setiap orang ada kekuatan dan kelebihan sendiri dan itulah perbezaan antara kita sesama sendiri.

Kelebihan seseorang itu mungkin disebabkan ilmu pengetahuan yang di milikinya, pengalamannya, keberaniannya atau kekuatan mindanya. Gunakan kelebihan yang dimiliki sebaik mungkin untuk kebaikkan semua pihak dan fikirkanlah setiap orang itu mempunyai hak dalam kehidupan mereka.

Beranikah kita berkata tidak

Manusia yang effektif adalah mereka yang berkata tidak kepada perkara yang mengawal kehidupan mereka yang boleh membawa kepada keburukkan dan kemusnahan. Kehidupan kita banyak di kawal oleh perkara yang akhirnya boleh merosakkan diri kita sendiri. Contohnya, nafsu dan keinginan yang terbahagi kepada beberapa kategori antaranya nafsu marah, makan, nafsu duniawi iaitu kemewahan serta keinginan untuk hidup senang dan berjaya..

Beranikah kita berkata tidak kepada perkara yang kita suka tetapi boleh memudaratkan kita. Wang amat diperlukan dalam kehidupan harian kita. Tetapi adakah semua pendapatan kita itu adalah betul dan benar cara mendapatkannya. Bekerja untuk mendapatkan imbuhan adalah perkara biasa tetapi jika ia disalah gunakan boleh membawa kepada kemudaratan seperti rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.

Mungkin sesetengah orang selesa dengan kehidupan harian mereka walaupun banyak melakukan perkara yang bertentangan dengan norma dan peraturan kehidupan sebenar. Apa yang penting mereka dapat dan perolehi apa yang mereka inginkan dan mahukan.

Siapa yang akan menentukan disiplin hidup kita kecuali kita sendiri yang lebih mengetahuinya. Beranilah berkata tidak kepada perkara yang kita suka atau lakukan walaupun ia akan mmenjejaskan pendapatan kita. Atau kita akan terus hanyut dengan kepalsuan duniawi.

Tuesday, July 6, 2010

Punca rezeki yang diragui

Kenapa masih ada orang yang sanggup untuk mengambil jalan mudah dengan tipu daya semata-mata untuk mendapat imbuhan dunia yang tidak seberapa. Mereka tidak sanggup bersusah payah dan mengorbankan masa dengan mengeluarkan peluh. Mereka hanya ingin kepada imbuhan tetapi bukan tanggungjawab.

Tetapi yang peliknya, mereka sentiasa terlepas dan bebas melakukan tipu daya tersebut tanpa bantahan yang serius dari atasan mereka. Adakah atasan mereka merestui apa yang mereka lakukan atau sudah menjadi resmi mereka yang hanya pandai berpura-pura dengan lakunan yang sangat bersandiwara itu.

Mungkin ada udang di sebalik batu iaitu ini hari engkau esok hari aku pula atau aku tolong engkau, esok engkau tolong aku pulak.

KL destinasiku

Aku sudah mula menyukai Kuala Lumpur. Ini disebabkan aku sudah mula faham akan selok belok Kuala Lumpur. Baik jalan rayanya mahupun kerenah penghuninya. Kesibukkan dan mengejar kejayaan adalah dua perkara yang harus diharungi di Kuala Lumpur. Meskipun aku orang luar tetapu cepat terpengaruhi dengan resepi yang disediakan.

Aku mula mengenali Kuala Lumpur melalui kepayahan dan kesusahan yang aku terpaksa harungi selama 6 minggu semasa berada di sini dan diikuti dengan rutin tiga bulan sekali aku yang akan tetap mengunjungi Kuala Lumpur. Mengejar masa serta mengelak kesesakkan adalah rutin harian aku semasa disini. Walaupun aku hanya pelawat tetapi tetap terkena tempias kesibukkannya. Mungkin itulah makanan harian penghuni di sini yang sentiasa sibuk di samping terpaksa mengharungi jalan raya yang sentiasa penuh dengan kenderaan.

Thursday, July 1, 2010

Geram dan marah dengan janji

Kenapa harus marah dan geram. Adakah dengan melepaskan geram dan marah kita akan beroleh semula apa yang menjadi hak kita. Tidakkah ia akan merenggangkan perhubungan masa depan kita.

Kita boleh memarahi orang di bawah jagaan kita sewenang-wenangnya tanpa merasa perasaan mereka. Ia dilakukan dengan sebab atau tanpa sebab yang munasabah. Tetapi apabila telah melebihi sesuatu had, maka orang bawahan kita pula tanpa segan silu pula akan membalasnya dengan memarahi kita pula. Pada masa itu apa perasaan kita.

Tetapi ada juga perbuatan baik kita telah di salah anggap dan di ambil kesempatan oleh orang bawahan kita dengan sengaja membuat kita marah dengan memarahi kita atau mempermainkan kita. Mereka sengaja mencabar kesabaran kita dengan cara yang kurang ajar dan biadap. Bersabar adalah segalanya.

Di mana letaknya maruah dan harga diri kita bila keadaan sebegini berlaku. Tidakkah ia akan menurunkan reputasi kita di kalangan umum. Samada kita orang besar atau kecil, menghormati satu sama lain adalah perlu diamalkan. Sikap merendah diri di samping bertanggungjawab serta beramanah dan tidak menyalah guna kuasa juga penting dalam organisasi.

Ke mana arah kita dan apa tujuan kita perlulah di rancang untuk mencapai matlamat dengan cara berkesan dan bermakna.