Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Salam Sejahtera

Semoga Menjadi Insan Yang Bermaruah Dan Berguna. Ilmu Itu Pelita Hidup

Misi

2010 Tahun Memulakan Kejayaan Dan Menyelesaikan Segala Masalah
Hidup Bahagia Di samping Keluarga Tersayang.

Thursday, December 30, 2010

Masih menunggu buah yang belum gugur

Setelah berusaha bersungguh-sungguh dan memperolehi hasil dan keputusan yang agak baik tetapi belum cukup untuk aku merasai kebaikkannya. Apa yang dihajati belum juga diperolehi walaupun tempohnya telah berakhir. Sekarang tibalah masanya untuk membuat rayuan walupun kemungkinannya untuk mendapatkannya amatlah tipis sekali.

Namun kami tetap bewrusaha sehingga ke titisan yang terakhir. Kemungkinan rayuan kedua dan ketiga akan dilakukan selagi berpeluang. Sekolah berasrama adalah hajat kami.

Enjoy semasa berkhidmat walaupun sementara

Setelah menamatkan tiga kontrak bekerja secara sementara, maka sampailah masanya untuk kami sekeluarga untuk memulakan trip kami ke Sarawak. Kami cuba untuk membawa semua ahli keluarga berjalan walau kosnya agak tinggi. Mujurlah ada tangan yang membantu dan dapatlah kami merasai trip yang agak mahal tersebut.

Semoga perjalanan pergi dan balik kami diredhai Allah dan selamat semuanya.

Thursday, December 23, 2010

Cuti sekolah yang amat menyenangkan

Sangat bermakna jika kita dapat bersama keluarga pada musim cuti sekolah. Kita dapat merasakan bahawa keluarga adalah segala-galanya.

Bermula dari sibuk mengambil anak apabila sekolah memulakan cuti sehinggalah dengan membeli pakaian dan peralatan sekolah apabila cuti sekolah berakhir.

Keputusan peperiksaan juga banyak mempengaruhi perasaan semasa musim cuti sekolah ini. UPKK, UPSR, PMR dan SPM sangatlah penting bagi setiap pelajar yang menghadapinya lebihlebih lagi apa keputusannya dikeluarkan. Ada yang bergembira dan ada juga yang bersedih kerana segala usaha telah dibuat dan hasilnya tidak sebagaimana yang digambarkan.

Cuti sekolah juga bermakna, masa untuk membawa anak-anak berjalan atau melawat di luar kawasan seperti ke bandar besar atau ke kampung.

Aktiviti anak-anak hendaklah disusun dan teliti dan baik supaya dapat mengelakkan daripada perasaan bosan dan puas semasa musim cuti.

Diharap aku telah melakukan yang terbaik untuk anak-anakku dan selamat bergembira bersama keluarga.

Tuesday, December 7, 2010

Berserah sepenuhnya kepada Allah

Setelah mengharungi pelbagai rintangan, halangan dan kepayahan maka akhirnya mengertilah dan fahamlah bahawa sebenarnya memang itulah keputusan mereka untuk menghalang saya daripada berada di dalam organisasi tersebut serta dalam masa yang sama tidak akan membayar sebarang saguhati atau pampasan terhadap saya selepas disingkirkan dari organisasi tersebut.

Mereka berasa organisasi tersebut hak mereka tanpa memikirkan sumbangan serta hak pekerja di dalam organisasi tersebut. Mereka juga seolah-olah bebas untuk membuat sebarang keputusan walaupun mereka tahu dan sedar bahawa mereka juga hanya pekerja yang hanya dipinjamkan dan digajikan serta ahli lembaga yang dilantik untuk tempoh tertentu dengan kuasa yang terbatas. Gunalah kuasa sebaik mungkin tanpa sebarang salah laku, penyelewengan dan salah guna kuasa semasa melaksanakan tugas.

Itulah kehidupanan, bagai si kudung mendapat cincin. Mereka seolah-olah berlindung daripada kebenarannya dengan membuat fitnah tersebut dan memulun laba di depan mata. Kononnya hak orang ramai tapi dalam masa yang sama mereka lupa diri dengan membahagikan elaun  sesama sendiri.

Allah maha besar lagi maha mengetahui. Aku berserah kepada Allah sepenuhnya disamping aku juga akan berusaha untuk mendapat pengadilan yang sewajarnya. Hidup hanya sementara dan dalam masa yang perlu diteruskan.

Mencari keredhaan Allah dalam bekerja

Bekerja adalah untuk mencari rezeki serta berkhidmat untuk majikan. Adalah menjadi tanggungjawab bagi kita untuk menyiapkan dan menyelesaikan tugasan kita sebaik mungkin serta mengikut arahan semasa daripada majikan kita atau wakilnya.

Mematuhi arahan serta peraturan kerja yang telah ditetapkan adalah sebahagian daripada amalan kerja kita. Selain itu, sikap hormat menghormati antara sesama pekerja serta terhadap majikan akan dapat mengeratkan lagi hubungan kerja kita dan membantu kita bekerja dalam pasukan.

Bekerja dalam pasukan dapat meningkatkan lagi keupayaan kita dalam menguruskan kerja kita serta meringgankan beban kepayahan serta rintangan yang ada dalam bekerja. Bantu membantu serta bertolak ansur dan menghormati antara satu sama lain adalah sikap yang baik yang patut kita amalkan dalam organisasi kita. Organisasi menjadi kuat jika semua ahlinya bersatu hati dan bekerja sama.

Kreativiti serta kesungguhan perlu dalam meyiapkan tugasan kita. Komitment kerja dan disiplin kerja perlulah selaras dengan tanggungjawab yang telah diberikan dan diserahkan kepada kita. Kepercayaan dalam bekerja terhadap satu sama lain juga akan dapat melicinkan dan melancarkan lagi kerja kita.

Selain itu, tanggungjawab kita terhadap Allah perlulah diutamakan dan dilaksanakan bila tiba masanya dalam mencari keredhaan dan keberkatan serta kemuliaan dalam kehidupan dan ibadah kita.