Banyak peluang yang sentiasa berlegar di depan kita tetapi sesuaikah peluang tersebut dengan kita. Banyak perniagaan di tutup selepas setahun di daftar dan sebahagiannya lagi di tutup dalam masa tiga tahun. Ini adalah disebabkan kegagalan atau kerugian setelah memulakan perniagaan. Siapa yang bersalah jika perniagaan tersebut di tutup atau terpaksa di tutup. Usahawan, peniaga, pembekal, pesaing, kerajaan atau pelanggan.
Jika kita ingin memulakan sesuatu perniagaan, seharusnya kita hendaklah menyediakan diri dengan keupayaan, ketahanan, kewangan, ilmu pengurusan dan pemasaran. Ilmu keusahawan dan pengurusan amatlah penting supaya kita boleh mengukur baju kita sendiri. Merancang untuk berniaga lain ilmunya dengan perancangan perniagaan. Mungkin kita boleh berjaya tetapi itu adalah kebetulan atau atas sokongan oarang lain atau kerajaan dan bagaimana cara kita menangani masalah kita itu. Banyak rintangan akan datang bergantung atas apa yang kita usahakan atau niagakan, dimana kita berniaga, bagaimana kita berniaga, sokongan, saingan dan siapa pelanggan kita.
Mungkin lebih banyak ilmu maka membuat kita lebih takut untuk memulakan perniagaan. Tetapi jika kita tidak memulakan perniagaan bagaimana kita ingin berjaya. Sikap dan sumbangan kita juga banyak mempengaruhi cara kita melaksanakan sesuatu. Jujurlah kepada diri sendiri dan beramanahlah kepada orang ramai adalah prinsip penting kepada usahawan.