Perlukah kita menonjolkan keburukkan orang lain dan diri sendiri untuk hebahan orang ramai. Perlukah kita berbangga dengan keburukkan dan kejahilan kita. Mungkin untuk berbangga dan bermegah maka kita lupa bahawa apa yang kita banggakan dan megahkan itu sebenarnya menonjolkan siapa diri kita sebenarnya.
Kita perlu ingat bahawa semua insan mempunyai perasaan, hati dan fikiran selain nafsu. Tetapi matlamat kita hanyalah untuk beribadah kepada Allah dengan apa yang kita ada.
Kehidupan kita telah ditentukan olehNya dan bersyukurlah dengan apa yang kita miliki dan berusahalah memperbaiki diri, keluarga dan keadaan sekeliling kita dengan ilmu, kederat, masa dan buah fikiran kita serta berdoalah dan bertawakkallah kepada Allah.
Jika kita berlebih-lebih maka ingatlah yang berlebih-lebih itu adalah ikutan perangai syaitan.
Pengajaran Banjir
15 years ago