Apabila mengetahui nenekku sakit dan berada di hospital aku mula risau memikirkan kesihatannya. Aku tahu umur nenekku sudah hampir 90 tahun dan sukar baginya untuk menghadapi sebarang kesulitan.
Apa perlu aku buat sedangkan anakku juga terpaksa menghadapi pembedahan. Aku sekeluarga sentiasa berdoa untuk kesejahteraannya. Pada 26hb Jan 2011, anakku selamat menjalani pembedahan dan memerlukan rawatan dan pengjagaan yang sewajarnya di rumah.
Hari Jumaat pada 28hb Jan 2011 berita yang menyedihkan di terima dari keluarga di Kuala Lumpur. Aku sekeluarga menyegerakan berkemas untuk balik ke kampung. Sedaya upaya aku cuba untuk membawa anak-anakku pulang bersama untuk menghadirkan diri ke pengkebumiannya. Kebetulan anak lelakiku memulakan cutinya pada hari tersebut dan anak perempuanku dibenarkan untuk pulang menghadiri pengkebumian tersebut. Seorang lagi anak lelakiku tidak dapat dibawa kerana berada di luar kawasan.
Setelah selamat upacara pengkebumian tersebut kami sekeluarga balik ke rumah emak untuk membersihkan diri sebelum menghadirkan diri di majlis tahlil pada malam hari.
Banyak kisah suka duka bersama arwah nenek kerana aku antara cucunya yang tinggal bersamanya semasa kecil. Aku juga mempunyai sejarah yang pelik semasa kecik yang sering diulang cerita apabila kami berkumpul bercerita. Walau apapun ceritanya aku berasa seperti menjadi salah seorang cucunya yang manja dengannya semasa kecil dan berterusan dengan anak-anakku.
Sekarang semua itu menjadi sejarah bagiku dan nenekku telah selamat kembali menemui penciptanya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diberkatiNya. Innalillahhiwainnahirojiun.
Pengajaran Banjir
15 years ago