Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Salam Sejahtera

Semoga Menjadi Insan Yang Bermaruah Dan Berguna. Ilmu Itu Pelita Hidup

Misi

2010 Tahun Memulakan Kejayaan Dan Menyelesaikan Segala Masalah
Hidup Bahagia Di samping Keluarga Tersayang.

Sunday, February 28, 2010

Makan ikan sedap

Setelah bekerja lebih 20 tahun dalam industri perikanan, ikan sangat sinonim dengan keluarga kami dan merupakan makanan utama kami sekeluarga. Ikan laut mempunyai kesedapannya tersendiri terutamanya jika ikan tersebut baru saja ditangkap. Bukan setakat ikan sahaja malah sotong, udang dan ketam juga sangat sedap untuk dimakan. Bermula dengan ikan aya yang suatu ketika dulu sangat popular di ZEE kita yang ditangkap dengan menggunakan pukat jerut bersama ikan cencaru, selayang, kembong, muduk dan selar dalam kuantiti yang banyak. Jika bot tersebut adalah pukat jerut laut dalam maka ikannya mungkin lama sedikit daripada ikan bot pukat jerut biasa kerana bot tersebut keluar balik harian dan ikannya sangat segar.

Disamping itu ikan juga ditangkap dengan cara menggunakan pancing, bubu, rawai, pukat jaring dan pukat tunda. Cara-cara tersebut begantung kepada kebolehan dan peralatan yang digunakan oleh nelayan tersebut. Bermacam jenis ikan yang ditangkap antaranya termasuklah ikan merah, kerapu, ibu kerisi dan tenggiri yang begitu banyak terdapat diperairan laut kita. Syukur kita dengan kepelbagaian species dan bentuk rupa ikan yang ada di laut kita. Jika ikan tersebut baru ditangkap, maka rasanya sangatlah sedap walau apa jenisnya sekalipun. Nikmatilah kurniaan Allah.

Berpesan dengan kebenaran dan kesabaran

Jika kita menghadapi masalah berbaliklah kepada asal usul kita. Sebagai insan di muka bumi ini, kita perlu muhasabah diri kita untuk memperbaiki diri di masa depan. Jika kita melakukan kesilapan dan kesalahan maka mengakulah akan perbuatan salah dan silap kita tersebut dan segeralah memperbaiki diri. Jangan sesekali kita menonjolkan keangkuhan dan kebodohan kita dengan berlagak sombong serta membuat tindakan yang menganiaya serta menfitnah. Kebenaran dan keadilan perlu diberikan kepada yang hak. Disamping itu, kita perlu berpesan kepada kebenaran dan berpesan kepada kesabaran. Semoga kita tergolong dalam golongan yang dikasihi Allah.

Reflexology untuk kesihatan

Kaki, tangan, muka dan tubuh badan mempunyai titik reflexologynya sendiri. Titik-titik ini perlu diterokainya untuk mengetahui punca masalah kesihatan diri. Mulakannya dengan kaki yang sentiasa berpijak dan menghadapi beban utama tubuh.

Musang berbulu ayam

Terdapat orang yang hanya hidup berlakun, berpura-pura dan bermuka-muka. Tujuannya hanyalah untuk mengkaburi pandangan orang terhadap dirinya yang indah khabar dari rupa, berkepentingan pribadi dan hidup mengharapkan ehsan orang lain. Akhirnya seperti si kudung mendapat cincin dengan memburukkan orang lain mereka mendapat imbuhan yang tidak sepatutnya. Mereka sanggup menfitnah, menjatuhkan orang lain dan mencurahkan pasir ke dalam periuk orang lain demi survivor diri sendiri. Menjatuhkan orang lain dengan cerita yang direka-reka dan diada-adakan. Mereka juga sanggup membayar pampasan yang berupa sogokan kepada yang difitnah menggunakan duit persatuan yang kononnya bertanggungjawab. Jika mereka itu berada di pihak yang betul perlukah membayar sebarang imbuhan kepada mereka yang bersalah.

Sebenarnya mereka takut menghadapi kebenaran kerana ceritanya adalah terbalik. Demi keadilan dan hak maka perlulah kebenaran dituntutoleh orang yang teraniaya dan akan terserlahkan kebenaran dan keadilan. Syukur dengan kejadian yang berlaku kerana banyak fadilatnya dan terserlahkan segala keburukkan dan perancangan jahat mereka.

Friday, February 26, 2010

Api dalam sekam

Api bersifat panas dan boleh membahayakan alam sekitar. Ia mungkin diperlukan untuk menyalakan sesuatu untuk kegunaan manusia tetapi ia tidak diperlukan untuk menghancurkan atau menjahanamkan harta benda kita. Jika apa berada dalam sekam kita umpamakan bahawa api tersebut tiada atau tidak wujud tetapi sebenarnya ia hanya tidak dilihat oleh mata kasar. Pada hakikatnya ia sedang membakar sekam tersebut secara perlahan-lahan sehinggalah habid semuanya. Lebih dahsyat lagi ia boleh melarat dalam jangka masa yang lama dan hidup di dalam sekam dan akhirnya membakar segalanya.

Ia juga berlaku dalam masyarakat yang ada menjadi api dalam sekam. Insaflah dan muhasabahlah diri kita kerana yang baik datang dari Allah dan kejahatan dan keburukkan itu datang dari kita sendiri. Ukurlah diri kita berpandukan kebenaran yang sebenar. Jangan nilai melalui pandangan nafsu dan logik semata-mata.

Maulidur Rasul Muhammad S.A W.

Semoga Allah memberkati hidup kami sekeluarga sempena maulidur rasul s.a.w.

Al-Fatiha

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful (1) Praise be to Allah, Lord of the Worlds, (2) The Beneficent, the Merciful. (3) Owner of the Day of Judgment, (4) Thee (alone) we worship; Thee (alone) we ask for help. (5) Show us the straight path, (6) The path of those whom Thou hast favoured. Not (the path) of those who earn Thine anger nor of those who go astray. (7)

Wednesday, February 24, 2010

Awas dengan api

Jangan bermain api, kecil mencari kawan dah besar menjadi lawan. Maksud sebenarnya amatlah luas kerana ia meliputi sesuatu yang amat diperlukan dan akhirnya boleh memusnahkan keseluruhannya. Sifat manusia tidak boleh hidup sendirian. Memerlukan seseorang untuk bersahabat, meminta pertolongan, bersaing, membuat perbandingan dan bermacam lagi. Jika ia keseorangan maka ia menjadi layu kerana tidak mempunyai semangat dan dorongan. Ia seolah-olah hilang punca tanpa arah tujuan atau tidak mempunyai maklamat. Sokongan dan motivasi amat diperlukan untuk meniupkan semangat. Bila berdua maka berlakukan persaingan samada sihat atau tidak, ia tidak menjadi persoalan. Jika lebih ramai maka makin meriahlah suasana dengan perlbagai kerenah dan perangai. Maka timbulkan pelbagai konflik dengan matlamat yang berbeza antara satu sama lain.

Jika mereka yang berpengaruh dan berkuasa mempunyai agenda dan matlamat atau cita-cita peribadi maka timbullah kumpulan dalam kumpulan. Fitnah dan hasad dengki dengan sendirinya wujud kerana syaitan bersama mereka yang memerlukannya. Tetapi jangan bermain dengan api kerana setiap penganiayaan itu akhirnya berbalik kepada kita semula. Keburukkan yang kita lakukan akan melambangkan siapa kita sebenarnya walaupun diselubungi dengan kebaikkan. Botak Chin dan Robin Hook tetap jahat walaupun membantu orang miskin kerana tiada matlamat menghalalkan cara. Akhirnya api itu memakan diri kita sendiri.

Tuesday, February 23, 2010

Diam, tunggu dan lihat

Dalam sebarang konflik kebiasaannya kita tidak diberi ruang untuk mempertahankan diri kita. Mereka yang berkuasa akan menutup segala ruang dan pengaruh untuk mengelakkan cerita sebenar daripada diketahui umum. Oleh itu mereka bebas menuduh dan menfitnah seseorang dengan sokongan orang-orang yang berkepentingan dan ketakutan. Mereka membuat tuduhan sewenang-wenangnya kononnya dengan rasa penuh tanggungjawab tapi sebenarnya mereka cuba mengambil kesempatan dan takut dengan bayang-bayang sendiri. Mereka musang berbulu ayam dan bermuka-muka.

Kenapa perlu dilantik seseorang untuk menjawat jawatan tertentu sedangkan kita tidak membenarkan beliau untuk melaksanakan tugasnya dan menghalang beliau daripada menghadiri mesyuarat. Kenapa juga beliau tidak dilibatkan dalam sebarang tugas pembangunan projek dan pengurusannya sedangkan itulah jawatan beliau. Kenapa pula mesti ada perubahan struktur pengurusan sedangkan perlaksanaannya bersifat peribadi. Jika staf tidak dibenarkan untuk sambung belajar dan mempertingkatkan keupayaan diri bagaimana kita boleh mencapai tahap pengurusan tertinggi. Bagaimana pula dengan tindakan Lembaga Pengarah dan Pengurus yang tidak berlandaskan kepada peraturan yang adil.

Staf juga mempunyai hak untuk mempertahankan diri dari tindakan pengurusan yang tidak betul dan tidak berpandukan kepada peraturan atau bersifat penganiayaan dan tidak bertanggungjawab. Kita diam bukan bererti kita kalah tetapi kita tidak mahu mengeruhkan suasana dan masih menghormati mereka. Mereka juga tidak memberi ruang dan peluang untuk kita untuk mempertahankan diri. Mereka juga sedar bahawa sebenarnya tiada kesalahan yang kita lakukan tetapi disebabkan ego dan tekanan mereka terpaksa bertindak bodoh seperti lembu di cucuk hidung untuk menunjukkan kuasa mereka.

Penyalahgunaan kuasa sebegini sebenarnya memperlihatkan kepada umum tahap pengurusan kita jika ditadbir oleh mereka yang tiada ilmu pengurusan dan mempunyai kepentingan peribadi. Akhirnya akan berlaku masing-masing mengatakan "saya tak tahu, ikut aje...." dan "bukan aku tapi....." atau "aku ikut arahan aje..........".

Monday, February 22, 2010

Bosan menunggu

Menunggu suatu penyiksaan yang tidak tertanggung tetapi itulah yang perlu dilakukan kerana jalannya atau arah penentuannya begitu. Bergembira dengan apa yang berlaku dan bersabar menghadapinya adalah perkara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut. Jika kita mengubah jalan ceritanya maka kita akan menjadi pengarahnya pula sedangkan selama ini kita hanya berhak sebagai mangsa kepada suatu cerita yang mempunyai pengarah yang mempunyai tangan ghaib dan bersembunyi di sebalik tabir. Kenapa skripnya tidak diolah sebagaimana sepatutnya dan jalan ceritanya jelas dari awal hingga kesudahan cerita. Terdapat tokok tambah dan jalan cerita yang berbagai versi dan pengarah yang tiada pendirian sehingga menyebabkan pelakun-pelakunnya mengubah skrip ceritanya menjadi begitu berkepentingan. Pelakun utamanya juga telah berubah dengan watak bermuka-muka dan api dalam sekam. Berkomplot mengubah skrip cerita bersama pelakun tambahan yang takut dengan bayang-bayang. Belajarlah menjadi jantan supaya hidup di bumi nyata dan tidak berdosa dengan diri sendiri kerana menjadi betina.

Saturday, February 20, 2010

Hidup menumpang sampai ke tua

Ingin berbakti kepada masyarakat kononnya tapi hakikatnya ingin menumpang untuk hidup di persatuan. Sanggup melakukan apa saja termasuklah menjual maruah diri. Sanggup diperkudakan oleh orang tertentu demi sesuap nasi. Lidahnya bercabang di sana sini menyebarkan fitnah dan mempengaruhi orang dengan ceritanya yang mempunyai agenda tertentu. Orang lain juga mengambil kesempatan atas kebodohan dirinya dengan mempergunakannya melakukan kerja-kerja dengan sogokkan upah yang dibahagi bersama. Tiada imbuhan maka kerja tidak berjalan. Tiada bahagian maka tiada sokongan. Masyarakat dikaburi dengan lembut gigi dari lidah dan manis bicara. Tetapi hakikatnya itulah yang berlaku. Si tua yang tidak tahu malu bersama satu keluarga mengambil kesempatan dengan sokongan pegawai yang berkepentingan di persatuan.

Friday, February 19, 2010

Urut kaki dan relax

Berkawan dengan ikan

Impian tak kesampaian

Apabila kita melanjutkan pelajaran dengan sendirinya kita juga memasang impian untuk mendapatkan dan mencapai sesuatu. Sekurang-kurangnya untuk memperbaiki hidup kita kepada yang lebih baik dan lebih berjaya. Tetapi siapa tahu halangan yang akan kita tempohi di tengah jalan semasa kita mengharunginya. Samada kita gagal dalam pelajaran kita atau kita tidak mencapai apa-apa pun sesudah berjaya dalam pelajaran. Kita hanya berjaya mendapatkan segulung kejayaan tetapi berkemungkinan kejayaan itu sudah tidak bererti lagi. Begitukah perjalanan hidup yang kejam ini. Ada insan lain yang sanggup menganiaya dan mengaibkan orang lain. Sikap dengki dan khianat ini kebiasaannya dilakukan oleh mereka yang bermuka-muka iaitu orang yang dilihat baik tetapi sebenarnya merekalah insan yang bertopengkan kebaikan tetapi mempunyai niat yang tidak baik. Alasan yang diberikan kononnya tiada apa yang berlaku, hanya prosedur biasa dan untuk mempertingkatkan dan memperbaiki pengurusan. Persoalannya kenapakah penyelewengan dilindungi dan diberikan kedudukan yang istimewa. Adakah pengurusan boleh bertindak sebagai tuan punya organisasi. Dimanakah keadilan kepada pekerja. Jika orang yang berkuasa adalah mereka yang berkepentingan dan dikuasai oleh pegawai yang berak di tengah jalan tetapi tidak mengaku atau baling batu sembunyi tangan. Sentiasa berlakun dan bermuka-muka dengan menggunakan kuasa dengan sewenang-wenangnya. Kita tahu siapa diri kita dan mereka cuma perspektif dan kepentingan pandangan yang membezakan kita. Halal tetap halal dan jangan sekali-kali kita menghalalkan cara untuk kepentingan diri.  

Urutan Cakau Rimau

Urutan yang dilupakan

Exercise untuk kesihatan

Thursday, February 18, 2010

Memberi dan menerima

Adakah memberi itu baik dan menerima itu rendah harga dirinya. Tidak semua tangan yang di atas dan memberi itu baik atau ikhlas. Jika memberi dan menerima rasuah, adakah masih dianggap baik. Atau memberi kerana ingin menunjuk-nunjuk atau membanggakan diri kepada umum. Banyak sebab musababnya yang perlu dilihat dan diperincikan sebelum menjatuhkan hukum.

Kadang kala kita terpaksa meminta-minta sesuatu tetapi ia sebenarnya sememangnya menjadi hak kita seperti gaji dan upah terhadap kerja yang telah disiapkan. Kita juga terpaksa meminta-minta terhadap hutang yang telah kita beri pinjam dan mungkin menjadi sebahagian daripada tugas dan tanggungjawab kita semasa sedang bekerja.

Bersedekah bolehlah dikategorikan sebagai baik memberi dan baik menerima kepada orang yang sememangnya susah tapi tidak kepada orang yang malas berusaha.

Wednesday, February 17, 2010

Harimau mengaum

Adakah 1Malaysia mahu mengaum selepas ini. Siapa yang akan akan memulakannya dan siapa mangsanya. Bagaimana pula bunyi ngauman tersebut adakah semakin bertaring atau macam kucing. Perlukah kita turut mengaum atau memerhati sahaja dari jauh. Kenapa perlu disamakan kehidupan kita ini sama macam binatang. Sifat binatang sememangnya tidak baik dan tidak sesuai untuk manusia. Binatang hanya sesuai untuk di makan, di pelihara dan di zookan. Perangai dan kelakuannya perlu ditapis dengan sebaiknya. Manusia adalah insan yang paling mulia dan merupakan khalifah di muka bumi ini iaitu sebagai penjaga dan pengurus kepada masalah dunia. Angin, api, air dan tanah pula sebagai medium untuk kita berpijak di bumi yang nyata. Bertenung nasib pula adalah haram bagi kita yang beragama Islam. Muliakan diri kita dan jangan rendahkan martabat kita dengan menyamakan diri kita sama dengan binatang. Kita juga seolah-olah merestui dan bersengkongkol dengan kajian Albert Einstein yang berwajah berok itu.

Monday, February 15, 2010

Jamuan keluarga

Sesuatu yang amat mengembirakan dengan kedatangan kaum keluarga semasa majlis jamuan yang di adakan di rumah secara kecil-kecilan. Sedikit BBQ ayam, laksa Sarawak, bee hon, kek dan makanan yang di bawa memberi kepuasan kepada yang hadir. Sibuk berborak dan bermain dengan diiringi makan dan minum serta menonton Raja Lawak dengan berbagai ragam dan kerenah amat mencuit hati. Ada makanan yang sememangnya dilebihkan supaya boleh di makan lagi keesokkan harinya seperti kek dan kuih. Perancangan yang di buat secara teliti dapat mengurangkan kecacatan yang ada.

Semoga seluruh keluarga diberkati Allah dengan hidup yang aman dan bahagia serta gembira bersama keluarga.

Sunday, February 14, 2010

BBQ bersama keluarga

Sempena menyambut Tahun Baru China, kami bercadang untuk membuat jamuan makan BBQ bersama keluarga di halaman rumah. Dengan sedikit makanan seperti ayam bakar, laksa Sarawak, bee hon goreng dan roti sosej disediakan untuk jamuan tersebut. Bersempena dengan jamuan ini juga, Antih akan diraikan kelahirannya semoga panjang umur, murah rezeki dan dicucuri rahmat keatasnya.

Dijemput juga keluarga adik-beradik ibu untuk memeriahkan majlis tersebut pada sebelah malam. Ibu sibuk menyediakan masakan untuk hidangan tersebut bermula dari awal pagi hingga ke magrib. Anak-anak juga diminta untuk menolong membersihkan dan mengemas rumah supaya teratur dan tidak menyakitkan mata memandang.

Semoga majlis tersebut dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan dapat memeriahkan lagi suasana hari cuti pada kali ini. Kami berdoa semoga sihat sejahtera dan dirahmati Allah hendaknya majlis kami ini.

Friday, February 12, 2010

Hisap asap rokok

Asap rokok datang dari rokok yang sedang berbara serta dari mulut dan hidung orang yang menghembus asap semasa menghisap rokok. Mereka yang tidak merokok tetapi terdedah kepada asap rokok ini seperti wanita, kanak-kanak serta rakan-rakan. Merokok adalah suatu perbuatan yang sia-sia, membazir, menyiksa diri serta menyusahkan orang lain.

Jika di amati tujuan merokok adalah untuk membezakan kita daripada oarang lain seperti lebih dewasa, lebih berani, lebih macho dan lebih berkeupayaan. Tetapi jika kita seorang perokok sebenarnya kita sedang membazir, membuat kerja sia-sia, menyiksa diri, membunuh diri, membunuh orang di sekeling kita dan bodoh. Kita tidak dapat membezakan baik dan buruk serta mengutamakan diri iaitu'selfish'. Kita juga berbangga membunuh diri sedangkan membunuh diri itu adalah haram dalam Islam. Ubat mengantuk, sumber inspirasi, isteri kedua dan berbagai lagi andaian yang dibuat oleh perokok tegar sebenarnya adalah retorik yang menghalalkan cara untuk kepentingan mereka.

Hati di tempat lain

Samada kita berangan-angan atau memikirkan sesuatu yang tidak bersama kita atau bukan perkara yang sedang kita laksanakan. Kita mungkin teringat seseorang atau sesuatu yang lebih memberi perhatian kepada kita pada masa itu. Kesannya mungkin kita kurang konsentrasi atau perhatian kepada perkara yang sedang kita lakukan. Kita juga boleh tafsirkan bahawa kita tidak lagi berminat dengan orang yang ada bersama kita atau dengan perkara yang kita sedang lakukan. Mungkin ia lebih menarik atau kita sudah bosan dengannya.

Sebab-sebab terjadinya perkara tersebut antaranya adalah tempat lain lebih menarik, bosan dengan keadaan sekarang, tiada peluang untuk memperbaiki dan meningkat diri, dikongkong, ditindas, dianiaya, difitnah dan dipulau serta tidak dihargai. Perkara tersebut boleh diperbaiki jika kita semua berpegang kepada prinsip bekerja beramanah, berdisiplin, mematuhi peraturan, menghormati orang lain, mengelakkan diskriminasi dan penting sekali bertindak kepada kemungkaran dan melaksanakan nilai-nilai murni dan baik semasa bertugas. Setiap orang mempunyai hak untuk mempertahankan diri terutamanya daripada diaibkan dan hendaklah adil kepada semua perkara. Matlamat bekerja hendaklah jelas dan dipraktikkan bukan hanya sebagai slogan dan cakap-cakap kosong. Pengaruh luar perlulah ditapis kepada berkemungkinan mempunyai niat tertentu kerana sepatutnya mereka tidak mempunyai hak pun untuk bersuara dan memberi pandangan dalam kerja.

Wednesday, February 10, 2010

Sabar dengan dugaan

Banyak perkara yang berlaku dalam hidup ini. Kenapa begitu banyak dugaan yang menguji dan menduga hidup ini dalam masa serentak. Benarkan semua dugaan dan ujian ini sebenar adalah perkara yang di dalam kawalan kita sebagaimana agama kita ajarkan. Kita hanya perlu bersabar dan menghadapinya dengan tabah dan bijak menyelesaikannya. Banyak perkara yang di luar jangkauan kita dan hanya Dia yang maha mengetahui. Dialah yang merancang dan menentukannya. Maha suci Allah yang maha besar dan maha bijaksana.

Adakah mereka tahu apa yang mereka lakukan. Kenapa mereka takut dengan kenyataan. Apabila berdepan, mereka hanya maklum bahawa mereka tidak terlibat, hanya mengikut arahan dan tak tahu apa-apa. Yang paling kelakar, siapa sebenarnya dalam semua angkara ini. Kenapa perlu tanda tangan dari orang bawahan untuk menyokong tindakan yang bodoh ini. Perlukah diungkit akan perkara yang lepas yang mereka sendiri tak tahu hujung pangkalnya. Alhamdulillah semoga Allah membuka pintu hati mereka untuk menghadapi kebenaran.

Konspirasi dan diskriminasi dalaman amatlah dahsyat sehingga sanggup menfitnah serta mengaibkan orang demi menegakkan benang yang basah. Berlagak sombong kononnya akulah yang berkuasa tetapi dayus dan bacul bertindak berani dibelakang dan berpura-pura apabila berhadapan. Tanpa rasa segan bermuka-muka dan kononnya membela nasib orang miskin tetapi merekalah yang mengambil kesempatan atas orang miskin dengan membiarkan penyelewengan dan menggunakan dana orang miskin untuk makan angin dan menaikkan elaun sendiri.

Bijak bertindak menyelesaikan masalah

Masalah adalah perkara yang menimbulkan ketidakpuasan sesetengah pihak. Kebiasaannya ia menjejaskan kepentingan mereka dan perlu diatasi. Ada masalah yang besar dan juga kecil. Ada orang yang mencari masalah dan ada juga orang yang suka menyelesaikan masalah. Walau bagaimanapun tidak semua masalah itu merugikan kerana ada juga masalah yang mendatangkan keuntungan. Tidak semua masalah perlu dihapuskan atau diselesaikan. Sebenarnya ia bergantung kepada kebijaksanaan kita untuk bertindak dan mengatasinya.

Ada beberapa cara untuk menghadapi masalah seperti kita bertindak tegas dengan menghapuskannya, mengurangkan masalah tersebut, mengecilkannya atau tidak mempedulikannya. Ia bergantung bagaimana masalah tersebut memberi kesan keatas kita. Kemungkinan juga kita boleh menggunakan masalah tersebut untuk lebih berjaya atau lebih baik. Satu perkara yang perlu kita hindarkan adalah menyimpan masalah atau mengumpul masalah atau mencari masalah. Ini disebabkan masalah sebenarnya adalah seperti barah yang boleh menyebabkan kita tidak akan dapat lagi mengatasinya kecuali menanggungnya. Contoh yang nyata adalah hutang yang akan menjadi beban kepada kita sehingga boleh menyebabkan kita muflis. Semakin lama ia akan menjadi semakin parah kerana berbunga, berbuah dan beranak pinak.

Betul dan salah

Kebetulan adalah perkara yang tidak dijangka kerana tiada perancangan mengenainya dan tiba-tiba hasilnya begini atau begitu. Tetapi untuk menentukan yang mana betul dan salah atau baik dan buruk perlu penelitian dan keadilan yang saksama. Ia juga perlu diadili dan ditentukan oleh orang yang benar-benar arif dan layak serta tidak berat sebelah. Banyak faktor yang mempengaruhinya antaranya apa kesalahannya, bagaimana ia berlaku, sebab ia berlaku, di mana ia berlaku, bagaiman ia diadili, siapa yang mengadilinya dan bagaimana ia diperjelaskan dari kesemua pihak yang terlibat. Ada juga faktor luar yang boleh mempengaruhi sesuatu keputusan yang sepatutnya dihindarkan kerana ia akan menjadikannya berat sebelah.

Keadilan sepatutnya hendaklah adil, dilihat adil dan dikendalikan oleh mereka yang bersikap adil dan arif. Jika undang-undang tersebut adalah buatan manusia semestinyalah ia mempunyai kepentingan pihak-pihak tertentu. Kerana ia akan mengikut acuannya atau berpandu kepada peraturannya atau dari pihak yang berkuasa yang terbabit. Banyak contoh yang dapat dilihat bagaimana undang-undang itu diwujudkan kemudian bagaimana ia dilaksanakan dan akhirnya dipinda-pinda mengikut peredaran keadaan dan masa.

Tiada satu undang-undang pun yang akan kekal untuk sepanjang zaman kecuali hukum Islam yang berpandukan dari Al Quran dan Al Hadis yang dijamin oleh Allah bahawa Al Quran tersebut tidak akan berubah sehingga ke akhir zaman.

Tuesday, February 9, 2010

Kepimpinan pelajar

Alam sekolah merupakan tempat kita untuk menyiapkan diri dari segi pendidikan dan kehidupan. Banyak boleh dipelajari semasa bersekolah dari peringkat rendah, menengah, kolej dan universiti. Ini bermakna sekurang-kurangnya kita berada selama 11 tahun dalam alam persekolahan dari darjah 1 hingga tingkatan 5. Selain daripada ilmu pengetahuan, kita juga dapat mempertingkatkan diri dari segi sasiah dan sukan. Kepimpinan pelajar telah bermula semenjak kita mula memasuki alam persekolahan. Setiap kumpulan  mempunyai ketuanya atau orang yang lebih berpengaruhi samada dilantik atau tidak langsung. Ia sebagai penghormatan dan agen berpengaruh untuk mewujudkan sistem demokrasi. Kuasa dan penguatkuasaan mestilah seiring untuk mendapat dan mewujudkan sistem persekolahan yang berjaya dan terkawal.

Pegawas sekolah, pegawas pusat sumber, pegawas asrama, ketua kelas, pengawal keselamatan, warden, guru disiplin dan pengetua adalah sebahagian daripada sistem pentadbiran pelajar sekolah.

Meraikan dan motivasi pelajar

Majlis penyampaian anugerah dan hadiah amat bermakna untuk pelajar yang telah berjaya dan ingin berjaya. Bagi pelajar yang telah berjaya meraka merasa satu kepuasan apabila kejayaan mereka diraikan. Segala titik peluh dan penat lelah mereka dihargai terutamanya dengan kehadiran orang yang tersayang. Mereka juga akan lebih bersemangat untuk lebih cemerlang pada masa akan datang. Bagi pelajar yang sedang menghadapi cabaran peperiksaan utama dalam masa terdekat maka ia akan dijadikan sebagai motivasi untuk mereka. Mereke amat memerlukan sokongan dan dorongan dari seluruh anggota yang berkaitan seperti kawan-kawan, guru, sekolah, ibubapa dan masyarakat setempat.

Tidak rugi untuk kita bersama memberi semangat kepada anak-anak kita untuk menyiapkan diri dari segi mental dan pembelajaran bermula dari awal tahun. Ini dapat membantu mereka lebih bersedia dan relaks semasa peperiksaan sebenar diadakan nanti. Kita juga dapat menyelami kelemahan mereka dan dapat memperbetulkan kesilapan serta memperbaiki kelemahan tersebut lebih awal. Kejayaan anak adalah kejayaan guru dan ibubapa kerana anak-anak mewakili keseluruhan sistem pendidikan keluarga.

Mencuri semasa kenduri

Semasa kita bergembira meraikan kenduri atau beraya beramai-ramai, jangan lupa atau cuai atau lalai kerana terdapat segelintir orang yang berada dalam keadaan sedih, susah dan kedaifan. Terdapat juga segelintir orang yang akan cuba mengambil kesempatan atas kecuaian dan kelalaian kita itu. Antaranya mencuri kerana itulah pekerjaan yang tidak memerlukan maruah diri dan modal. Ia boleh dilakukan oleh siapa saja pada bila-bila masa.  Pencuri tersebut hanya memerlukan keberanian dan kepantasan melarikan serta menyembunyikan diri. Kenalkah kita siapa disekeliling kita. Adakah mereka benar-benar seperti yang kita tahu dan jangkakan. Atau bersikap berpura-pura dan berlakun dengan tujuan tersendiri dan cuba mengambil kesempatan jika berpeluang dan terdesak.

Kita seharusnya sentiasa berhati-hati dengan diri kita dan orang-orang yang berada di sekeliling kita supaya tidak alpa dengan keadaan. Sedarlah kelemahan dan kelebihan kita mungkin merupakan satu peluang kepada orang lain.

Terjadi satu kejadian pecah cermin kereta semasa kenduri kahwin dengan tujuan ingin mencuri beg tangan yang mungkin menarik perhatian pencuri tersebut. Walaupun kereta tersebut berada berhampiran tempat kenduri tetapi kenapa orang yang berada di sekeliling kawasan tersebut boleh tidak terlihat dan sedar akan kejadian tersebut.  Selepas itu maka berduyun-duyunlah orang yang berkerumun bertanya itu dan ini dan memberi ulasan mengenai kejadian tersebut. Apa faedahnya kerana kereta tersebut telah dipecahkan cermin dan beg tersebut telah lesap.

Friday, February 5, 2010

Politik di tempat kerja

Berpolitik untuk menjahanamkan karier orang dengan mencurahkan pasir ke periuk nasi orang tersebut adalah lumrah dalam alam pekerjaan sekarang. Sebenarnya kita dapat mengenali seseorang itu dari awal kita berjumpa dan berkawan dengannya. Mereka tidak ikhlas berkawan dengan kita dengan mengambil kesempatan atas kebaikkan kita dan memburukkan kita apabila berada di belakang kita. Sikap berpura-pura dan berlakun ini sebenarnya dapat di lihat dengan jelas apabila sesuatu pekerjaan itu berjaya atau gagal. Mereka tidak malu mengaku sesuatu kejayaaan itu milik mereka dan mengatakan kita yang menyebabkan sesuatu itu gagal. Inilah sikap hipokrik serta munafiq mereka kerana secara terangan mereka menafikan hak kita dan mengambil kepunyaan orang lain.

Sesuatu atau seseorang itu tidak di dapati bersalah selagi makamah belum memutuskannya ianya bersalah dan selagi itulah kita mempunyai hak mempertahankan diri, hak dan maruah kita. Tuduhan mestilah disertakan dengan bukti yang benar. Tuduhan tanpa ada bukti adalah fitnah. Fitnah yang boleh menyusahkan orang lain adalah jahat serta suatu penganiayaan. Jika tuduhan itu tidak betul dan hukuman telah dilaksanakan keatasnya maka ianya bolehlah diistilahkan sebagai salah guna kuasa dan boleh didakwa dan diambil tindakan.

Thursday, February 4, 2010

Peraturan hidup yang tersedia

Jika kita ingin belajar kita akan mencari guru, jika ingin bermain kita mencari kawan-kawan dan jika ingin kasih sayang kita akan mencari keluarga. Semua ini telah termaktub dalam kehidupan kita.

Lagi tinggi taraf pendidikan dan lebih banyak pengalaman guru tersebut maka lebih berilmulah dia. Guru adalah pelita hidup. Ia ibarat lilin yang membakar diri untuk kepentingan orang lain. Lebih jauh perjalanan maka bertambah berpengalamanlah ia walaupun hingga ke negeri China iaitu dahulunya 100% bukan Islam atau hingga ke penghujung dunia. Menuntut ilmu adalah wajib bagi Muslim lelaki dan perempuan hingga sampai ke liang lahad. Oleh itu, guru sangatlah penting dalam kehidupan kita untuk kita belajar dan terus belajar sehingga ke akhir hayat kita.

Kawan-kawan adalah teman seperjuangan. Mereka yang menyebabkan kita suka atau duka. Mereka juga yang banyak mempengaruhi kehidupan kita. Jika kita berkawan dengan pencuri, besar kemungkinan kita akan menjadi pencuri atau sekurang-kurangnya kita bersubahat dengan mereka. Sedangkan bersubahat itu umpama kita menyokong atau kita melakukan bersama perkara tersebut. Jika kita berkawan dengan orang yang cerdik pandai maka pandailah kita. Jika kita bermain semestinya kita akan bermain bersama teman-teman dan rakan-rakan di sekeliling kita dengan permainan yang sama. Kadang kala kita sanggup berkorban untuk kawan dan bersedih jika tiada orang yang ingin berkawan dengan kita.

Kasih sayang sangat penting dalam kehidupan kita. Kasih sayang ibu bapa tiada tolok bandingnya. Ibu bapa wajib menyediakan makan minum, pakaian dan tempat berlindung untuk keluarga mereka. Oleh itu jika kita ingin makan minum untuk hidup, pakaian untuk menutup aurat kita dan rumah untuk tidur dan berehat maka keluargalah yang dapat menyediakan semua itu kerana kasih sayang mereka.

Semua ini telah tersedia di hadapan kita dengan peraturannya sendiri. Terpulanglah kepada kita untuk mentaksirkannya dan mengambil iktibar daripadanya. Semoga hidup kita akan bermakna kepada kita dan orang lain.

Wednesday, February 3, 2010

Sambung belajar untuk Ibu dan arwah Abah

Selepas mendapat diploma terus mencari kerja. Ibu dan abah menyuruh aku untuk menyambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi tetapi disebabkan ingin berehat sebentar dari belajar maka aku membuat keputusan untuk terus bekerja. Perjanjian juga di buat untuk belajar semula suatu hari nanti.

Setelah bekerja hampir 4 tahun bekerja, perkahwinan pula dirancang dan diikuti dengan berkeluarga sehingga mempunyai anak lima. Tetapi semasa abah meninggal kekuatan untuk menyambung belajar muncul semula. Abah meninggal selepas kemalangan adik di ITM Dungun yang mengakibatkan kematian. Mungkin 2 faktor itu sudah cukup untuk mengumpul kekuatan dan membuat perancangan menyambung belajar.

UKM menjadi pilihan tetapi sampai semester 3 sahaja kerana komitmen kerja. Membahagi masa dan komitmen amat penting jika sedang belajar. Gagal menghadiri peperiksaan bermakna gagal untuk lulus. Selepas itu aku mencuba menyambung belajar di Uel, Kusza. Walaupun penuh cabaran dengan berulang alik serta mengalami kemalangan semasa menghadiri kelas namun semangat semakin kuat untuk terus belajar dan belajar. Konvokesyen yang diadakan menimbul semangat baru untuk aku menyambung belajar lagi ke peringkat yang lebih tinggi. Ini disebabkan ibu tidak dapat hadir semasa konvo dan aku sendiri ingin memperbaiki pencapaian B.A. tersebut.

OUM di Kuala Lumpur menjadi pilihan untuk membuat M.A. Sungguh seronok belajar kerana dapat mengelakkan diri daripada masalah pekerjaan yang tidak berhabisan. Keputusan yang dicita-citakan dicapai dan majlis konvo pula dapat dihadiri oleh dua insan tersayang iaitu ibuku dan isteriku bersama anak-anakku serta adik-adikku. Walaupun sudah berumur maka tercapailah sudah hajat untuk membuktikan kemampuan sebenar serta menunaikan janji kepada kedua orang tua iaitu ibu dan abah. Terimakasih kepada isteri dan anak-anakku yang memberi sokongan dan dorongan semasa aku belajar, mengulangkaji pelajaran, menyiapkan 'assigment' dan 'report' serta membuat persiapan menghadapi peperiksaan. Tidak lupa juga kepada kedua 'study group'ku yang banyak membantu.

Semoga roh abah dan adik dicucuri rahmat serta berada dalam lindungan Allah. Al Fatihah.

Tuesday, February 2, 2010

Irihati, hasad dan dengki

Jika kita tidak berkebolehan serta malas untuk berusaha tetapi bercita-cita tinggi maka berlakulah perkara yang negatif seperti penyelewengan, fitnah dan penganiayaan di dalam kerja. Sikap tidak bertanggungjawab dan tidak amanah ini jika tidak dibendung atau disokong akan menjadi lebih parah apalagi jika mempunyai atasan yang lemah dan tidak tahu apa hendak dibuat. Maka keluarlah arahan-arahan jahat dari orang yang kelihatan baik dan bermuka-muka. Mereka semuanya seolah-olah bertanggungjawab terhadap majikan sedangkan merekalah yang sebenarnya gagal. Gagal untuk menegakkan kebenaran dan mengambil tindakan kepada mereka yang tidak bertanggungjawab atau mereka yang tidak amanah atau mereka yang gagal melaksanakan tugas. Pada masa yang sama timbullah mereka yang irihati terhadap kejayaan orang lain dan bermulalah hasad dengki dengan penganiayaan dan fitnah. Kebiasaannya mereka yang berniat baik serta bekerja dengan betul akan di fitnah serta di aniaya kerana jika tidak tembelang mereka akan terbongkar. Mereka takut kepada kebenaran kerana sebenarnya merekalah yang pecah amanah atau menyeleweng atau tidak bertanggungjawab. Tetapi kita tidak perlu gusar kerana keadilan dan kebenaran tetap ada dan wujud cuma kesabaran yang di tuntut.

Tukang kasut kaki lima

Satu jam bersama tukang kasut di kaki lima ada yang boleh dipelajari daripada mereka. Pandangan mereka tentang sesuatu perkara adalah dalam bentuk perbezaan dan pendapat. Anak kampung dan anak bandar jauh berbeza adalah permulaan perbualan kami. Kenapa begitu? Bentuk paras rupa mereka sama sahaja tetapi pendidikan, pergaulan, hubungan keluarga, pengalaman dan cara hidup mereka jauh berbeza. Dimaklumkan anak bandar lebih bersikap kasar dengan perangai dan cara bertutur mereka serta pergaulan mereka yang liar. Mereka kurang rasa hormat dari segi perasaan dan hak orang lain. Anak bandar cepat memberontak inginkan sesuatu dan tidak malu untuk mengugut dalam menuntut janjinya. Daya usaha dan juangnya lemah dan sering kali gagal menyesuaikan diri dengan keadaan baru. Jika sesuatu cabaran itu sukar atau susah mereka cepat berputus asa.

Tetapi sebaliknya berlaku dengan anak kampung. Lebih menghormati orang tuan dengan sikat lemah lembut dari segi tutur kata dan perbuatan. Cepat menyesuaikan diri dengan keadaan walaupun baru. Sedia menghadapi cabaran untuk berjaya walaupun susah kerana kesusahan itu sebenarnya kehidupan mereka. Akhirnya berjaya dengan cemerlang dan dapat mengekalkan kejayaan tersebut.

Tukang kasut ini adalah doktor atau pakar untuk membaiki dan memulihkan kasut. Tetapi mereka turut memikirkan masalah mayarakat kita walaupun tidak pernah ditanya pendapat mereka. Walaupun kerja mereka hanya bermodalkan jarum kasut, benang dan gam tetapi jika tiada halangan cuaca dan pihak berkuasa pendapatan mereka lebih selesa dari sesetengah orang yang bergaji tetap.

Sebenarnya mereka juga makan gaji seperti orang lain kerana mempunyai tauke yang menguruskan tempat dan aktiviti mereka.

Monday, February 1, 2010

But bola hadiah kawan

Entah mengapa kawanku menghadiahkan sepasang but yang sedang digunakannya untuk aku. But yang aku gunakan juga telah dihadiahkan oleh sepupuku tetapi telah patah tapaknya semasa aku mengikuti latihan minggu lepas. Ada seorang kawanku telah meminjamkan butnya untuk aku gunakan setelah but aku patah tapak. Sekarang aku menggunakan but hadiah kawanku itu tetapi telah terkoyak pula di bahagian depannya dan terpaksalah aku memakai semula but yang dipinjamkan oleh kawanku tempoh hari. Aku mengharap but tersebut akan segera diperbaiki untuk akau gunakan semula. Apa yang aku fikirkan buat masa ini, masih ramai orang yang baik dan benar-benar ikhlas bersahabat sanggup memberi kepunyaan sendiri digunakan orang lain. Mereka sanggup berkorban untuk berkawan. Aku sunggup terharu dengan kawan-kawanku ini. Bilakah masanya pula untuk aku menolong mereka.