Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Salam Sejahtera

Semoga Menjadi Insan Yang Bermaruah Dan Berguna. Ilmu Itu Pelita Hidup

Misi

2010 Tahun Memulakan Kejayaan Dan Menyelesaikan Segala Masalah
Hidup Bahagia Di samping Keluarga Tersayang.

Sunday, June 27, 2010

Bola Piala Dunia 2010

Sekali lagi dunia akan dihidangkan dengan pertandingan bolasepak peringkat tertinggi dan berprestij. Semua orang menantikan saat bermulanya pertandingan tersebut. Ada yang menghitung hari kerana begitu ghairah dengan pertandingan tersebut. Ada juga yang sibuk dengan persediaan untuk menonton dan berhibur semasa pertandingan tersebut berlangsung nanti. Tetapi tidak lupa juga, ada yang sinis dengan pertandingan tersebut kerana berasakan sekali lagi mereka akan dipinggirkan dan disisihkan.

Tetapi itu semua hanyalah tanggapan dan pandangan mereka yang taasub dengan pertandingan tersebut. Mereka berfikiran begitu setelah melalui kejadian tersebut serta melalui pemerhatian masa lampau mereka dan termasuk komen dari orang yang berkenaan. Sebenarnya mereka juga mahu turut menyertainya serta merasainya tetapi malu serta segan untuk berbuat begitu. 

Begitu juga dengan pasukan yang bertanding. Tiada siapa yang boleh jangkakan, pemain mana yang akan menjadi wira di akhir pertandingan tersebut dan pasukan mana yang akan menjuarainya. Semuanya berkemungkinan belaka.

Ia tetap akan menjadi tanda tanya sehingga ke akhir pertandingan tersebut iaitu setelah pertandingan tersebut menutup tirainya. Tetapi sekarang sudah ada yang terkejut dan gembira dengan keputusan semasa di mana ada pemain yang mengalami telah dan sedang kecederaan dan tersingkir. Mereka gagal untuk beraksi. Ada juga pasukan pilihan yang sudah membungkus pakaian mereka untuk pulang ke negara masing-masing disebabkan gagal. Penyokong pasukan tersebut juga sudah ada yang telah berpaling tadah.

Bagi sesetengah orang, mereka sememangnya menanti saat ini untuk melepaskan geram dan tekanan keluarga dan kerja yang selama ini tidak dapat mereka luahkan atau lepaskan. Inilah masanya mereka dapat lakukan dengan cara masing-masing dalam waktu yang lama iaitu lebih satu bulan..

Walaubagaimanapun bergembiralah dan jangan lupa pada tanggungjawab kita kerana orang yang berjaya adalah mereka yang tahu membahagikan masa dan kepentingan sepatutnya.

Memandang orang untuk mencari kesalahan diri sendiri

Banyak diperkatakan orang bahawa semua yang dia lakukan betul belaka dan orang lain semuanya salah. Betulkah tanggapan tersebut. Masih relevankah persepsi tersebut. Adakah kita berhak mengkritik orang lain sesuka hati. Cuba kita bayangkan dan fikirkan jika semua orang seperti kita, adakah ianya praktikal. Siapa kita yang berhak atau layak menjatuhkan hukum sedemikian rupa.

Jika semua orang berpandangan dan berprinsip begitu maka tiadalah penghujungnya. Yang menang dan betul adalah mereka yang memberi pandangan dan lebih tepat lagi orang yang mendapat peluang atau diberi peluang untuk berucap dan berkata-kata. Mungkin pihak yang berkuasa terutamanya pemimpin iaitu pemimpin yang mempunyai suara ramai.

Bagaimana pula jika mereka itu adalah terdiri daripada orang yang tidak bertanggungjawab, penyangap, penyeleweng atau penyalahguna kuasa dan orang yang pecah amanah. Maka hukuman yang akan dijatuhkan adalah tidak betul dan benar. Sampai bila.....

Oleh itu, apa yang betul dan benar mestilah dibenarkan ditegakkan. Keadilan dan hak adalah kepunyaan semua orang. Carilah kelemahan dan kesilapan diri sendiri walaupun kita memandang orang lain. Kita perlu mengenalpasti diri kita dan tahap keupayaan sendiri jika ingin bersaing dan berjaya dalam hidup yang serba mencabar ini. Bukannya asyik mencari atau menyalahkan orang lain.

Jadikan peluang untuk melihat orang lain untuk memperbaiki diri sendiri. Itu adalah lebih baik dari kita mengkritik orang lain semata-mata dan menganggap diri sendiri semuanya betul.

Saturday, June 19, 2010

Kahwin, kahwin, kahwin cuti sekolah

Elakkan pembaziran, keserabutkan dan mengutamakan majlis sampingan dari yang sebenar. Ini disebabkan kerana tiadanya perancangan yang baik dan betul serta tidak menetapkan belanjawan yang sesuai dan sewajarnya terhadap majlis yang di aturkan dan ianya boleh menimbulkan pembaziran yang melampau.

Kerana terlalu inginkan kemeriahan serta majlis yang grand maka kita lupa matlamat sebenarnya perkahwinan tersebut. Majlis tersebut hanyalah ingin mengumumkan perkahwinan tersebut tetapi jika ia tersalah rancang akan menjerat kewangan kita.

Terdapat tiga perkara yang kita harus perhalusi dalam menguruskan perkahwinan iaitu kosnya, aturcaranya serta jemputannya. Kosnya melibatkan belanja untuk menyediakan tempat, makanan iaitu menunya dan mereka yang terlibat. Aturcara majlis juga mempengaruhi keseluruhan majlis tersebut termasuklah penyediaannya majlis serta yang berkaitan dengannya. Para jemputan sangat penting dalam sesuatu majlis kerana di situlah kemeriahan majlis tersebut.

Walau apa pun keadaannya maka perancangan yang baik dengan peruntukkan yang sesuai serta kawalan majlis serta aturcara yang sesuai dan baik perlulah diperhalusi untuk mengelakkan majlis yang kelam kabut, membazir serta tidak mencapai matlamat.

Friday, June 18, 2010

Terengganu masih segar dalam ingatan

Masih teringat dengan kenangan lalu, Terengganu masih segar dalam ingatan dan kenangan.  Menghabiskan masa menyambung belajar di Gong badak, Kuala Terangganu selama 3 tahun dan di tambah lagi hampir 2 tahun berulang alik untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi di tempat yang sama sangat memberi kesan dalam kehidupan selama ini.

Pergi ke Kuala Terengganu samalah seperti balik kampung walaupun tiada tempat tinggal. Banyak perkara yang berlaku dan dilakukan semasa berada di Kuala Terengganu selama ini.

Ini termasuklah datang untuk menghadiri kuliah selama 2 jam dan balik selepas itu untuk bekerja keesokkan harinya. Perkara ini berlaku selama 3 semester.

Friday, June 4, 2010

Ilmu seperti air yang mengalir

Menuntut ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad. Tiada sempadan bagi ilmu hingga ke hujung dunia dan sampai ke negeri China. Ilmu dunia dan akhirat sama saja kepentingan iaitu untuk mengangkat darjat seseorang itu dan membuat persediaan menghadapi masa depan yang lebih baik dan berkat.

Menuntut ilmu samalah seperti air yang mengalir yang tidak pernah putus serta tanpa sikap mengalah dan berputus asa. Mengalir dari atas ke bawah iaitu mengikut hukum dunia iaiatu tarikan graviti.

Tawadduk iaitu merendahkan diri samalah seperti air yang disebelah bawah yang menerima sahaja segala ilmu yang hadir dan menjadi semakin bertambah.

Tidak mendatangkan kerugian bagi seseorang itu jika ia menambahkan ilmunya kerana semakin ia menuntut dan belajar maka semakin hauslah ia dengan ilmu yang ada. Kita juga akan menjadi semakin berasa ketinggalan dan kerugian kerana semakin banyak lagi perkara yang kita tidak tahu dan faham.

Jika anak murid bersedia dan sangguh untuk belajar maka gurunya akan sentiasa ada dan bersedia juga. Banyak bercakap membuatkan kita semakin berpeluang membuat kesilapan dan kesalahan. Lebih banyak kita melihat dan memerhati maka kita menjadi semakin berfikir. Berfikir bagi orang yang berilmu adalah salah satu cara berlajar.

Ilmu jika dicurahkan kepada mereka yang berkehendak barulah memberi berfaedah dan tidak membazir dan akan digunakan kejalan yang benar, betul dan diredhai. Berputus asa bermakna kita mengaku kalah atau menyerah. Kita juga jangan sombong dan bongkak semasa menuntut ilmu kerana ilmu hanya bermanafaat kepada mereka yang merendah diri.

Thursday, June 3, 2010

Bersyukur dengan pemberianNya

Dengan dikurniakan keamanan, kesihatan dan cukup makan pakai sewajarnya kita sudah banyak bersyukur kepadaNya. Kerana asasnya kita sudah memperolehi kesempurnaan untuk hidup dan meneruskan kehidupan kita. Sememangnya kehidupan ini penuh dengan cabaran dan pancaroba.

Keadaan aman iaitu tiadanya pergaduhan, keluarga yang bahagia, jiran yang baik dan masyarakat yang penyayang serta negara yang terhindar dari kacau bilau dan peperangan sewajarnya kita amat mensyukurinya. Jika tidak kita akan sentiasa berada dalam keadaan yang tidak stabil, tidak selamat dan ketakutan. Perasaan kita juga mungkin dihantui dengan sikap ganas, bengis, pemarah dan berdendam. Ini amatlah tidak baik untuk kehidupan yang tenteram dan harmoni sebagaimana kita rasai sekarang. Keselamatan kita terjamin sentiasa walau berada mana saja dalam negara.

Kesihatan tubuh badan juga amat penting dengan pemikiran serta minda yang waras dan cerdas. Kehidupan yang sihat menjamin kemajuan negara dengan rakyatnya menyokong penuh pembangunan serta kemajuan yang dilaksanakan dan yang telah dicapai. Rakyat akan sentiasa mendokong kerajaan yang berlandaskan aspirasi rakyat.

Cukup makan dan pakai iaitu mempunyai peluang mendapatkan pekerjaan yang baik dan sesuai serta mampu membeli keperluan harian menunjukkan kita selesa berada dalam negara kita ini. Kita juga mempunyai tempat untuk berteduh dan berlindung dari hujan dan panas serta melindungi keluarga yang tersayang.

Apa yang kita perolehi sekarang sewajarnyalah kita mensyukurinya kerana ia sudah cukup untuk kita merasai nikmat kehidupan dan beribadat kepadaNya.

Aman tenteram, sihat tubuh badan, mempunyai  tempat berlindung serta cukup makan pakai adalah asas kepada kehidupan kita untuk terus berusaha dan merancang kehidupan yang lebih baik dan sempurna.

Tuesday, June 1, 2010

Peluang perbaiki diri

Mudah untuk mendapat kerja. Peluang untuk bekerja ada di mana saja. Tetapi kita juga akan mula menilai kekuatan dan kelemahan diri kita apabila dimaklumkan gaji yang ditawarkan. Bergembirakah kita dengan tawaran gaji tersebut atau ia membuat kita termanggu. Benarkah kita layak dengan jumlah gaji baru tersebut. Samada jumlahnya begitu lumayan atau menyedihkan kita, ia bergantung kepada kekuatan diri kita sendiri.

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada dan perolehi kerana itulah rezeki kita. Tetapi peluang untuk kita memperbaiki diri akan sentiasa datang kepada kita dan berdoalah untuk kita akan menjadi lebih baik pada masa akan datang.

Kita hendaklah senitasa belajar mengenali kesilapan dan kelemahan diri sendiri supaya kita dapat memperbaikinya dan berpeluang menjadi insan yang baik dan berjaya untuk diri sendiri keluarga dan masyarakat sekeliling kita.

Orang besar malu untuk mengaku salah

Disebabkan kesombongan dan kebongkakkan pihak pengurusan, maka satu lagi episod sedih dan mengharukan berlaku. Yang menjadi mangsanya adalah pekerja tertentu. Kenapa perlu ada diskriminasi dalam pentadbiran organisasi. Di mana keadilan dan kesaksamaan dalam pengurusan. Perlukah ada pilih kasih dalam melaksanakan tanggungjawab. Siapa yang sebenarnya berkuasa dalam sesebuah pentadbiran organisasi.

Jika bekerja di dalam organisasi yang bernaung di bawah organisasi kerajaan dan di tadbir oleh pegawai kerajaan maka seringkali berlaku conflict. Pegawai kerajaan tersebut kebiasaannya akan berlagak sombong dan bongkak seolah-olah organisasi tersebut adalah kekuasaan dirinya sahaja dan beliau bebas melakukan apa saja termasuk mengambil kesempatan ke atas pekerja serta sedaya upaya mendapatkan keuntungan untuk dirinya dari organisasi tersebut.

Mereka juga menindas pekerja yang bukan kakitangan kerajaan dan melindungi pegawai kerajaan yang juga berada di situ walaupun mereka itu juga bersalah dan tidak jujur serta tidak amanah dan bertanggungjawab. Mereka juga sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman terhadap pekerja yang bukan kakitangan kerajaan tersebut walaupun kesalahan mereka itu boleh dinasihati, diperbaiki dan dimaafkan.

Pecah amanah adalah salah guna kuasa untuk kepentingan diri sendiri dengan mengambil kesempatan atas kuasa yang ada di dalam sesebuah organisasi. Bagaimana jika kita meluluskan elaun yang berlebih-lebihan untuk kakitangan tertentu semata-mata untuk mendapat imbuhan elaun yang luar biasa untuk diri sendiri pada masa yang sama. Sebagai pegawai kerajaan, adakah kita dibenarkan untuk mengambil kesempatan dibayar elaun yang melebihi gaji kita melalui pertubuhan atau organisasi lain.

Kononnya duit tersebut adalah duit rakyat tetapi penipuan kita dan penyalahgunaan kuasa kita secara berterusan dihalalkan semata-mata kepentingan diri sendiri. Mungkin penipuan kita telah dihalalkan oleh mereka yang tidak mengetahui hukum dan peraturan tetapi wajarkah kita berlagak sombong dengan menuduh orang lain pula yang tidak amanah serta pecah amanah.

Kelewatan penyerahan duit kutipan adalah perkara biasa dalam organisasi yang tiada peraturan khas mengenainya. Pekerja akan bertanggungjawab ke atas duit serahan tersebut selagi ia tidak diserahkan ke pejabat untuk dibuka resit keatasnya. Sepatutnya, penyewa atau sesuatu bayaran tersebut diminta di buat bayaran di pejabat kerana sebelumnya mereka juga berurusan di pejabat untuk membuat sebarang permohonan dan kelulusan. Tarikh tertentu sepatutnya di tetapkan kepada mereka untuk diambil tindakan seterusnya jika terlewat bayaran. Penyelia kutipan juga sepatutnya mengeluarkan resit penerimaan wang selepas menerima wang kutipan tersebut tetapi kenapa ia tidak boleh dilaksanakan dengan cara yang betul dan baik. Itulah kelemahan yang paling ketara di pihak pengurusan.

Penyelewengan yang lebih teruk juga boleh berlaku dalam organisasi tersebut jika tidak dipantau dan dipraktikkan dengan cara yang betul dan bersistematik. Jika diperhatikan setiap kakitangan mempunyai wang ditangan iaitu wang jualan, kutipan dan modal. Adakah semuanya dikendalikan dengan betul dan tiada penyelewengan berlaku. Siapa yang sebenarnya bertanggungjawab dengan kejujuran pekerja tersebut.

Sifat khianat, hasad ,dengki serta iri hati pihak pengurusan terhadap pekerja bawahan amatlah bahaya dan akan menjadi dendam berterusan jika tidak dibendung lebih-lebih lagi jika dengan mudah di pengaruhi oleh kuasa membodek dan menghasut yang tidak sihat dan berniat jahat di dalam dan luar organisasi berlaku.

Hak seseorang pekerja itu tidak boleh dipertikaikan. Jika berlaku sebarang pertelingkahan maka rujukan kepada pihak berwajib dan tertentu bolehlah di buat untuk mendapatkan pertimbangan yang sewajarnya. Selagi mereka mempunyai hak maka mereka akan dilindungi. Sedarlah dengan apa yang sedang berlaku dan ambillah tindakan yang betul..