Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Salam Sejahtera

Semoga Menjadi Insan Yang Bermaruah Dan Berguna. Ilmu Itu Pelita Hidup

Misi

2010 Tahun Memulakan Kejayaan Dan Menyelesaikan Segala Masalah
Hidup Bahagia Di samping Keluarga Tersayang.

Saturday, May 7, 2011

Bekerja sebagai satu pasukan

Di mana kebenaran kata-kata tersebut....

Itu hanyalah slogan lapuk yang digunakan oleh orang atasan dan berkepentingan untuk menarik perhatian dan sokongan orang lain terhadap apa yang dilakukannya.

Kita memang perlu bekerja dalam satu pasukan kerana mempunyai objektif, matlamat dan tujuan yang sama iaitu untuk mencapai kejayaan. Tetapi apa yang berlaku kenapa imbuhan selepas kejayaan tersebut hanya mereka sahaja yang dapat.

Semua perancangan dan aturannya telah ditetapkan dan setiap ahli pasukan perlu memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing. Jika terdapat sebarang kesilapan dan kesalahan maka mereka akan di hukum sekurang-kurangnya di tegur supaya memperbaiki prestasi atau kerja masing-masing.

Tetapi apabila kejayaan telah dikecapi maka mereka yangmemainkan peranan di belakang tabir akan dilupakan dan hanya mereka yang menonjol sahaja disanjung termasuk oleh ahli pasukan tersebut.

Semakin hari maka semakin hilanglah mereka yang memberi sokongan dan hanya tinggal mereka yang disanjungi sahaja. Mana pasukannya.......

Pasukannya akan dituntut semula memberi sokongan dan komitmen apabila misi baru hendak dilaksanakan seterusnya ia akan berlaku berulang kali.......

Beremosi dalam bekerja

Emosi perlu dalam kehidupan tetapi kawal emosi dan jangan terlalu beremosi dalam sesuatu perkara. Jika emosi menguasai diri maka nafsu dan perkara negatif akan menjadi menjadi pedoman.

Dalam bekerjaya selain kita yang mempunyai emosi kita juga perlu mengetahui bahawa pekerja lain dan orang yang berada disekeliling dan sekitar kita juga mempunyai emosi dan boleh beremosi bila-bila masa seperti kita.

Kenapa kita hanya memikirkan emosi diri kita sahaja. Emosi kita adalah masalah kita tetapi emosi orang lain akan mendatangkan masalah kepada kita. Begitulah sebaliknya jika kita terlalu beremosi dan akan memberi kesan kepada orang lain. Jika berlaku tindak balas maka berlakulah konflik.

Mungkin sebagai orang yang berkuasa dan berada di atas akan menang tetapi mungkin sementara. Ramai orang bawahan akan meninggalkan keadaan tersebut dengan mengambil langkah selamat dengan menamatkan perkhidmatan. Siapa yang menang.........

Saturday, March 26, 2011

Memulakan semula kerjaya di Jabatan

Tidak disangka pada umur sebegini, aku masih lagi boleh berkhidmat di Jabatan. Walaupun aku terpaksa memulakan semula di peringkat awal tetapi itulah rezeki yang dikurniakan olehNya.

Aku terpaksa mengikut peraturan kerja yang sebelumnya tidak aku amalkan tetapi mula menyukainya dan akan terus bertahan selagi termampu.

Kawan-kawan juga memberi kerjasama dan galakan kerana semuanya dilayan sama rata. Walaupun ia seperti mengongkong tetapi aku sedar bahawa itulah yang sepatutnya kita amalkan sepanjang masa iaitu mematuhi peraturan untuk diri sendiri, kita semua dan masyarakat.

Terdapat sedikit kejanggalan dalam situasi semasa tetapi semuanya alhamdulillahdapat diatasi.

Sunday, March 6, 2011

Kembalinya Sepupuku Ke Rahmahtullah

Tanpa di duga abang sepupuku telah meninggal dunia di hospital di samping adiknya di dalam kesibukkan Pilihanraya Kecil di kampungnya. Berita kematiannya amat menyedihkan terutama kepada keluarga terdekatnya.

Setelah selamat di sembahyangkan di masjid, beliau di bawa ke tanah perkuburan dengan dihadiri keluarganya. Suasana sedih dan pilu menyelubungi pengkebumian beliau.

Majlis tahlil akan dibuat di masjid pada sebelah malamnya.

Al Fatihah, Amin.

Monday, February 14, 2011

2 - 5 Tahun

Dua tahun telah berlalu tanpa ada apa-apa tindakan. Meski pun ia satu tempoh yang agak lama tetapi semangat aku tidak pernah pudar. Adakah standardnya begitu atau sememangnya aku telah di takdirkan untuk terus menunggu. Walau bagaimana pun aku tetap menunggu dan mengambil tindakan yang sewajarnya demi masa depan aku dan anak-anakku.

Ceritanya tetap sama iaitu menuntut keadilan dan menjelaskan kebenaran demi hak aku selama ini yang telah mencurahkan kudrat dan kederat demi survival untuk semua. Sekarang mereka yang berada di dalam sewenang-wenangnya menyalahkan aku dan mengutip hasil usahaku selama ini.

Di mana maruah mereka yang berpura-pura dan berlakun selama ini dan tanpa rasa segan silu mengutip hasil usaha danpenat lelah orang lain.

InsyaAllah semuanya akan kembali ke haknya.

Saturday, February 12, 2011

Timing-belt Putus, Habis Rosak Semua

Peruntukkan yang disediakan untuk memperelokkan kereta iaitu untuk mengecat dan menukar tayar disamping membaiki body kereta terpaksa digunakan untuk membaikpulih kereta yang rosak disebabkan timing-belt yang putus.

Mungkin dah tiba masanya untuk diperbaiki enjinnya setelah sekian lama ianya dalam keadaan baik. Tetapi yang malangnya apabila ia menyebabkan kos yang amat tinggi pada masa yang tidak sesuai. Tidak sesuai kerana masih lagi kesempitan.

Walaubagaimanapun apa yang perlu dilakukan mestilah dilaksanakan segera tanpa bertangguh. InsyaAllah rezeki ada untuk meneruskan kehidupan yang penuh pancaroba ini. Semoga semuanya dalam keadaan yang baik dan sentiasa baik.

Monday, January 31, 2011

Kembalinya Nenekku Ke Rahmatullah

Apabila mengetahui nenekku sakit dan berada di hospital aku mula risau memikirkan kesihatannya. Aku tahu umur nenekku sudah hampir 90 tahun dan sukar baginya untuk menghadapi sebarang kesulitan.

Apa perlu aku buat sedangkan anakku juga terpaksa menghadapi pembedahan. Aku sekeluarga sentiasa berdoa untuk kesejahteraannya. Pada 26hb Jan 2011, anakku selamat menjalani pembedahan dan memerlukan rawatan dan pengjagaan yang sewajarnya di rumah.

Hari Jumaat pada 28hb Jan 2011 berita yang menyedihkan di terima dari keluarga di Kuala Lumpur. Aku sekeluarga menyegerakan berkemas untuk balik ke kampung. Sedaya upaya aku cuba untuk membawa anak-anakku pulang bersama untuk menghadirkan diri ke pengkebumiannya. Kebetulan anak lelakiku memulakan cutinya pada hari tersebut dan anak perempuanku dibenarkan untuk pulang menghadiri pengkebumian tersebut. Seorang lagi anak lelakiku tidak dapat dibawa kerana berada di luar kawasan.

Setelah selamat upacara pengkebumian tersebut kami sekeluarga balik ke rumah emak untuk membersihkan diri sebelum menghadirkan diri di majlis tahlil pada malam hari.

Banyak kisah suka duka bersama arwah nenek kerana aku antara cucunya yang tinggal bersamanya semasa kecil. Aku juga mempunyai sejarah yang pelik semasa kecik yang sering diulang cerita apabila kami berkumpul bercerita. Walau apapun ceritanya aku berasa seperti menjadi salah seorang cucunya yang manja dengannya semasa kecil dan berterusan dengan anak-anakku.

Sekarang semua itu menjadi sejarah bagiku dan nenekku telah selamat kembali menemui penciptanya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diberkatiNya. Innalillahhiwainnahirojiun.

Wednesday, January 26, 2011

ENT Rawatan Berterusan

Alhamdulillah, selamat menjalani pembedahan yang dilakukan setelah 16 tahun berulang-alik ke hospital untuk mendapat rawatan telinga. Rawatan telinga terpaksa dilakukan kerana telinga sering berair apabila mengalami selsema. Untuk mendapatkan telinga yang benar-benar kering memakan masa yang amat lama.

Setelah menjalani pembedahan kedua tersebut diharap anak akan lebih selesa dengan keadaan dirinya selepas ini. Beliau juga bolehlah menumpukan sepenuh perhatiannya kepada pelajarannya demi mencapai cita-cita beliau yang murni.

Keluarga hanya dapat mendoakan beliau sentiasa selamat, sihat dan bersemangat untuk terus menjalani kehidupan yang penuh pancaroba ini. InsyaAllah semuanya akan dihadapi dengan penuh tabah.