Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Salam Sejahtera

Semoga Menjadi Insan Yang Bermaruah Dan Berguna. Ilmu Itu Pelita Hidup

Misi

2010 Tahun Memulakan Kejayaan Dan Menyelesaikan Segala Masalah
Hidup Bahagia Di samping Keluarga Tersayang.

Saturday, August 21, 2010

Bertahan biar pun kalah dan malu

Sesuatu kebaikkan atau kebenaran atau hak itu jika kita pertahankan sehingga ke hujung, akhirnya walaupun perit dan mengalami kesukaran ia akan dianggap berjaya juga. Ianya mungkin sesuatu yang memalukan dan menyiksakan tapi kebenaran dan hak dapat dipertahankan.

Mereka yang berjaya mewujudkan keadaan yang sebegitu tidak boleh mengistiharkan kemenangan dan kejayaan mereka sewenangnya. Cuma mereka mungkin menang disebabkan kuasa dan pengaruh yang mereka ada yang disalah gunakan saja. Mungkin mereka akan berasa bersalah jika kita tetap mempertahankan hak dan kebenaran kita tetapi sememangnya sukar buat mereka untuk mengaku kalah. Hanya keadilan sebenar sahaja yang dapat menghukum mereka akhirnya.

Kita sepatutnya memikirkan samada malu atau takut untuk mempertahankan hak dan kebenaran atau mahu melakukan perkara yang sama sebagaimana mereka yang berkuasa lakukan. Mereka sengaja mewujudkan keadaan yang tidak selesa dan kemudian menghukum orang tanpa kesalahan yang nyata semata-mata untuk memuaskan hati sendiri dan kepentingan diri.

Kuasa dan pengaruh menjadi mainan dan dipergunakan dengan cara yang amat mendukacitakan dan mengharukan. Semoga kita sentiasa terlindung dari melakukan kesalahan yang sama.

Wednesday, August 4, 2010

Kaduk naik junjung

Walaupun berpeluang untuk menonjolkan diri tapi ukurlah baju di badan sendiri. Fahamlah situasi dan keadaan yang berlaku sebelum lupa diri. Peluang untuk kita menonjolkan diri dan menambah pendapatan dan bukannya mengambil kesempatan untuk menunjukkan kuasa dan meninggalkan kerja asasi.

Itulah yang berlaku apabila kaduk dah naik junjung. Kononnya ianya layak untuk di naikkan pangkat tapi sebenarnya ia hanya berpeluang untuk menunjukkan kebolehan dan dalam peringkat percubaan. Daripada persembahan yang akan dilakukannya itulah penilaian akan di buat samada ia benar-benar layak atau belum bersedia. Dab bukannya terus menunjukkan kuasa sehingga menyebabkan mereka yang merekomen dipersendakan bagaikan anjing menggigit tuannya apabila dilepaskan.

Ingatllah matlamat sebenar kita dinaikkan pangkat dan siapa yang sebenarnya majikan kita.

Tuesday, August 3, 2010

Bekerja hanya untuk bersuka ria

Bekerja adalah ibadah. Jika kita bekerja sebenarnya kita telah diberikan suatu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan mengikut kehendak mereka yang menjadi majikan kita dengan peraturan yang mereka ingin kita ikuti. Kita juga perlulah melaksanakan tanggungjawab tersebut sebaik mungkin tanpa banyak bicara atau mengeluh. Mungkin imbuhannya tidak setimpal dengan kerja yang kita lakukan tapi jika kita inginkan imbuhan tersebut tidak boleh tidak kita mestilah melaksanakan tanggungjawab tersebut sebaik mungkin.

Bekerja adalah salah satu cara untuk kita berkarya atau menggunakan kreativiti kita semasa bekerja. Kita akan menggunakan daya fikiran serta tenaga kita untuk melaksanakan kerja tersebut samada menggunakan kepandaian kita, pengalaman kita atau ilmu pengetahuan yang kita ada. Is pebih menyeronokkan lagi jika kita bersungguh-sungguh melaksanakan tugas tersebut semata-mata sebagai satu ibadah.

Imbuhan dengan sendirinya menjadi rezeki kita dan berkemungkinan rezeki tersebut akan bertambah dengan sendirinya bergantung kepada komitment kita dengan tugasan yang diberikan atau keperluan kita berada di situ.

Tetapi jika kita tidak berpuas hati dengan keadaan dan imbuhan yang diberikan maka kita bolehlah menarik diri dari menjadi sebahagian daripada mereka. Jangan sesekali kita menjadi orang yang cuba untuk mengsabotaj pekerjaan kita semata-mata untuk menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab kita serta perangai kita yang sebenar.

Apa yang kita lakukan mengambarkan siapa kita yang sebenar.