Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Salam Sejahtera

Semoga Menjadi Insan Yang Bermaruah Dan Berguna. Ilmu Itu Pelita Hidup

Misi

2010 Tahun Memulakan Kejayaan Dan Menyelesaikan Segala Masalah
Hidup Bahagia Di samping Keluarga Tersayang.

Saturday, May 7, 2011

Bekerja sebagai satu pasukan

Di mana kebenaran kata-kata tersebut....

Itu hanyalah slogan lapuk yang digunakan oleh orang atasan dan berkepentingan untuk menarik perhatian dan sokongan orang lain terhadap apa yang dilakukannya.

Kita memang perlu bekerja dalam satu pasukan kerana mempunyai objektif, matlamat dan tujuan yang sama iaitu untuk mencapai kejayaan. Tetapi apa yang berlaku kenapa imbuhan selepas kejayaan tersebut hanya mereka sahaja yang dapat.

Semua perancangan dan aturannya telah ditetapkan dan setiap ahli pasukan perlu memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing. Jika terdapat sebarang kesilapan dan kesalahan maka mereka akan di hukum sekurang-kurangnya di tegur supaya memperbaiki prestasi atau kerja masing-masing.

Tetapi apabila kejayaan telah dikecapi maka mereka yangmemainkan peranan di belakang tabir akan dilupakan dan hanya mereka yang menonjol sahaja disanjung termasuk oleh ahli pasukan tersebut.

Semakin hari maka semakin hilanglah mereka yang memberi sokongan dan hanya tinggal mereka yang disanjungi sahaja. Mana pasukannya.......

Pasukannya akan dituntut semula memberi sokongan dan komitmen apabila misi baru hendak dilaksanakan seterusnya ia akan berlaku berulang kali.......

Beremosi dalam bekerja

Emosi perlu dalam kehidupan tetapi kawal emosi dan jangan terlalu beremosi dalam sesuatu perkara. Jika emosi menguasai diri maka nafsu dan perkara negatif akan menjadi menjadi pedoman.

Dalam bekerjaya selain kita yang mempunyai emosi kita juga perlu mengetahui bahawa pekerja lain dan orang yang berada disekeliling dan sekitar kita juga mempunyai emosi dan boleh beremosi bila-bila masa seperti kita.

Kenapa kita hanya memikirkan emosi diri kita sahaja. Emosi kita adalah masalah kita tetapi emosi orang lain akan mendatangkan masalah kepada kita. Begitulah sebaliknya jika kita terlalu beremosi dan akan memberi kesan kepada orang lain. Jika berlaku tindak balas maka berlakulah konflik.

Mungkin sebagai orang yang berkuasa dan berada di atas akan menang tetapi mungkin sementara. Ramai orang bawahan akan meninggalkan keadaan tersebut dengan mengambil langkah selamat dengan menamatkan perkhidmatan. Siapa yang menang.........