Bermula dengan semangat yang berkobar-kobar untuk berkhidmat dan menaburkan bakti kepada majikan. Walaupun bekerja sebagai pekerja sementara dan kontrak tapi semangat untuk bekerja tetap tinggi. Seminggu disediakan kursus secara intensif untuk para pegawai memahami tugas masing-masing serta mendapatkan semangat kerja yang sebelum ini kosong. Kemudian disediakan kursus untuk pekerja bawahan pula selama seminggu.
Permulaan yang baik dengan pekerja bawahan amat mengharukan dan mendukacitakan. Mereka seolah-olah mengambil kesempatan dengan situasi yang ada. Mereka benar-benar membuli dan mempermainkan pegawai yang masih muda dan kurang pengalaman seolah-olah cuba merosakkan program dan pekerjaan yang akan dilakukan.
Hari pertama dimulakan dengan semangat yang mula luntur dengan pekerja yang masih belum memahami tugas masing-masing. Mereka seolah-olah baru mula ingin belajar bekerja walaupun telah menjalani kursus selama dua hari dengan pegawai secara intensif. Berkat kesabaran dan sikap professional pegawai, kerenah mereka dilayan dengan penuh berhemah. Apa yang penting, pekerja dapat menjalankan tugas masing-masing dengan baik dan mencapai matlamat serta standard yang telah ditetapkan.
Kerja dibahagikan kepada tiga phasa. Dan setiap phasa itu, pekerja akan melakukan kerja yang sama selama dua minggu, cuma kawasannya sahaja yang akan berubah. Pegawai telah bersepakat untuk memulakan phasa pertama dengan kawasan yang paling hampir dengan pejabat sementara serta senang untuk dilaksanakan bagi pekerja bawahan dan dipantau oleh pegawai berkenaan. Setiap phasa mesti disiapkan dengan baik dan sempurna dalam tempoh dua minggu sebelum memulakan phasa selanjutnya.
Akhirnya phasa satu sudah berada dipenghujungnya tetapi masih belum nampak dengan jelas apa yang sebenarnya dilakukan oleh pekerja bawahan. Apa yang mereka hasilkan adakah mencapai kehendak pegawai berkenaan. Hari penyerahan dokumen phasa satu ditetapkan dan dilaksanakan. Pegawai mula menilai kerja yang telah disiapkan. Terbongkarlah apa yang telah dilakukan para pekerja bawahan. Pegawai cuba mencari perlbagai alternative untuk menyelamatkan keadaan. Walaupun pegawai berkenaan telah menghantar notis sebelumnya disebabkan sikap pekerja bawahan terhadapnya dan pagawai atasan yang tidak mengambil tindakan drastik terhadap pelbagai perkara yang timbul.
Ada antara pekerja yang tidak menyiapkan kerja mereka, menggunakan cara yang salah semasa melaksanakan kerja, melakukan kerja orang lain tetapi tidak melakukan kerja di kawasan sendiri, mula mempermainkan pagawai tanpa segan silu, menyalahkan pegawai disebabkan ketidakfahaman mereka terhadap tugas yang diarahkan serta tidak bertanggungjawab serta bercuti dengan kerja yang tidak sempurna. Ada juga kawasan yang masih belum disiapkan kerja serta kawasan baru yang perlu dilaksanakan kerja di kawasan tersebut. Tindakan perlu diambil untuk menyelesaikan masalah yang sudah parah ini.
Tindakan drastik perlu diambil untuk menyelamatkan keadaan antaranya melaksanakan semula kerja yang tidak sempurna dan tidak siap secara bergotong-royong oleh pekerja yang ada, membantu menyiapkan dokumen yang tidak lengkap dan mengambil tindakan terhadap pekerja yang menimbulkan masalah dan tidak bertanggungjawab. Penjelasan semula tugas juga perlu dilakukan kepada pekerja supaya mereka lebih faham dengan tugas yang diberikan. Empat pekerja diberhentikan secara bertanggungjawab dan dua diselamatkan oleh pegawai masing-masing.
Phasa dua dimulakan dengan kelewatan tetapi masih diberi kawasan kerja yang dalam lingkungan. Terdapat pekerja yang masih meraba-raba dengan tugas masing-masing disebabkan sikap tidak bertanggungjawab mereka. Pekerja baru juga telah dibawa masuk untuk mengurangkan bebanan kerja. Diperhatikan terdapat mereka yang mengambil kesempatan dan tidak melaksanakan kerja yang sepatutnya yang perlu diambil tindakan. Dua lagi pekerja dinasihatkan berhenti kerana hasil kerja mereka yang amat mendukacitakan dan tidak melakukan kerja sebagaimana yang diarahkan dan diharapkan. Pegawai mereka mula bersemangat semula untuk bekerja dengan turun ke bawah secara kerap.
Penyakit pekerja mula dikesan di kawasan lain dan seorang lagi tidak menyiapkan kerja dan juga berhenti di samping seorang rakannya menghantar notis dan dituruti dengan seorang lagi rakan mereka. Dan akhirnya, pegawai mereka juga menghantar notis dengan cara yang baik tetapi disudahi dengan sikap yang amat mendukacitakan. Terserlahkan sikap tidak bertanggungjawab mereka serta mengambil kesempatan atas kelemahan sendiri yang akhirnya tidak mampu dipikul lagi.
Pekerja baru mula diambil untuk menyelesaikan kerja yang tergantung dan terbengkalai oleh pekerja yang menarik diri. Bermula dengan saru kawasan ke satu kawasan serta ke lingkungan yang sudah parah. Pekerja yang ada terus didorong dan diberi semangat untuk meneruskan tugas masing-masing. Mereka tidak dibebani tugas yang terbengkalai tersebut tetapi diminta menyiapkan tugas masing-masing.
Siap phasa dua mereka diminta meneruskan phasa tiga. Kerja yang terbengkalai phasa dua disiapkan oleh pekerja baru secara 'on job training' serta pegawai yang ada. Disebabkan tiadanya pengaruh dari mereka yang tidak bertanggungjawab kerana telah disisihkan maka pengaruh dan tanggungjawab pegawai dapat dilakukan dengan jayanya. Kerja phasa dua dapat disiapkan sebagaimana sepatutnya dan pekerja baru tersebut dilepaskan ke phasa 3 dengan sokongan serta bantuan penuh pegawai. Tinggal satu masalah dari pekerja yang ditatang sebelum ini oleh pegawai berkenaan tidak dapat menyiapkan tugas dan diminta berhenti serta digantikan untuk phasa tiga.
Phasa tiga semakin mencabar kerana melingkungi kawasan yang lebih terbuka. Panduan yang disediakan tidak dapat membantu mereka yang kurang daya usahanya. Timbul masalah baru di pahasa tiga seperti tidak memahami kawasan yang disediakan, keliru dengan arahan, tidak cukup masa, tambahan dan bebanan tugas yang meningkat serta kurangnya minat terhadap tugas. Masa yang ditetapkan untuk menyelesaikan tugas pun tiba dan berbagai masalah mula dapat dikesan secara dokumen.
Banyak kerja yang tidak siap, tidak sempurna serta tersilap kawasan dan petunjuk. Walau bagaimanapun atas kebijaksanaan dan initiatif pegawai segalanya sempat disiapkan pada masa yang telah ditetapkan untuk pegawai. Semuanya kelihatan sempurna dan lengkap selepas mengharungi pelbagai kecaman dan dugaan dari berbagai pihak.
Kejayaan yang disempurnakan melalui rintangan dan halangan yang sangat mencabar lebih dirasai manisnya dan memberi kesan yang lebih mendalam untuk terus mengharungi kehidupan ini.