Bekerja adalah ibadah. Jika kita bekerja sebenarnya kita telah diberikan suatu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan mengikut kehendak mereka yang menjadi majikan kita dengan peraturan yang mereka ingin kita ikuti. Kita juga perlulah melaksanakan tanggungjawab tersebut sebaik mungkin tanpa banyak bicara atau mengeluh. Mungkin imbuhannya tidak setimpal dengan kerja yang kita lakukan tapi jika kita inginkan imbuhan tersebut tidak boleh tidak kita mestilah melaksanakan tanggungjawab tersebut sebaik mungkin.
Bekerja adalah salah satu cara untuk kita berkarya atau menggunakan kreativiti kita semasa bekerja. Kita akan menggunakan daya fikiran serta tenaga kita untuk melaksanakan kerja tersebut samada menggunakan kepandaian kita, pengalaman kita atau ilmu pengetahuan yang kita ada. Is pebih menyeronokkan lagi jika kita bersungguh-sungguh melaksanakan tugas tersebut semata-mata sebagai satu ibadah.
Imbuhan dengan sendirinya menjadi rezeki kita dan berkemungkinan rezeki tersebut akan bertambah dengan sendirinya bergantung kepada komitment kita dengan tugasan yang diberikan atau keperluan kita berada di situ.
Tetapi jika kita tidak berpuas hati dengan keadaan dan imbuhan yang diberikan maka kita bolehlah menarik diri dari menjadi sebahagian daripada mereka. Jangan sesekali kita menjadi orang yang cuba untuk mengsabotaj pekerjaan kita semata-mata untuk menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab kita serta perangai kita yang sebenar.
Apa yang kita lakukan mengambarkan siapa kita yang sebenar.
Pengajaran Banjir
15 years ago
No comments:
Post a Comment