Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Salam Sejahtera

Semoga Menjadi Insan Yang Bermaruah Dan Berguna. Ilmu Itu Pelita Hidup

Misi

2010 Tahun Memulakan Kejayaan Dan Menyelesaikan Segala Masalah
Hidup Bahagia Di samping Keluarga Tersayang.

Saturday, October 23, 2010

Kes Tuntutan

Masih bersemangat untuk menuntut hak yang telah diabaikan oleh mereka yang berkepentingan peribadi dan bongkak. Walaupun telah mencurahkan kederat, tenaga, ilmu, masa dan buah fikiran dari mula bekerja sehingga berjaya maka ianya menjadi igauan buruk yang akan menjadi pengalaman yang amat bermakna pada masa depan.

Apa yang dilakukan dan dilaksanakan hanya untuk menyenangkan orang lain yang baru datang. Perkara yang paling mendukacitakan, mereka tanpa segan silu cuba menfitnah dan memburukkan kita semata-mata untuk mengeluarkan kita dari tempat tersebut. Adakah ini balasannya kepada segala yang telah dilakukan dan dicurahkan untuk tempat ini  atau merekalah yang cuba mengambil kesempatan dengan kejayaan yang sedang dikecapi.

Semoga ianya mendatangkan kebaikkan kepada semua. Tetapi tuntutan tetap dibuat untuk menyelesaikan segala kerumitan dan masalah yang timbul. Selain untuk mendapatkan keadilan yang sewajarnya, hak dan nama baik juga perlu dituntut dan bersihkan sebelum melangkah ke tempat lain.

Mereka juga perlu diajar dan disekat sebelum lebih berani menimbulkan fitnah baru dan bermacam-macam lagi. Kerugian tidak dirasai oleh mereka kerana mereka berselindung disebalik nama tanggungjawab. Bertanggungjawabkah mereka atau bersih dan baikkah mereka atau telah berlaku penyelewengan dan salah guna kuasa untuk kroni mereka.

Fikirkanlah keseluruhannya......

No comments:

Post a Comment