Setelah mengharungi pelbagai rintangan, halangan dan kepayahan maka akhirnya mengertilah dan fahamlah bahawa sebenarnya memang itulah keputusan mereka untuk menghalang saya daripada berada di dalam organisasi tersebut serta dalam masa yang sama tidak akan membayar sebarang saguhati atau pampasan terhadap saya selepas disingkirkan dari organisasi tersebut.
Mereka berasa organisasi tersebut hak mereka tanpa memikirkan sumbangan serta hak pekerja di dalam organisasi tersebut. Mereka juga seolah-olah bebas untuk membuat sebarang keputusan walaupun mereka tahu dan sedar bahawa mereka juga hanya pekerja yang hanya dipinjamkan dan digajikan serta ahli lembaga yang dilantik untuk tempoh tertentu dengan kuasa yang terbatas. Gunalah kuasa sebaik mungkin tanpa sebarang salah laku, penyelewengan dan salah guna kuasa semasa melaksanakan tugas.
Itulah kehidupanan, bagai si kudung mendapat cincin. Mereka seolah-olah berlindung daripada kebenarannya dengan membuat fitnah tersebut dan memulun laba di depan mata. Kononnya hak orang ramai tapi dalam masa yang sama mereka lupa diri dengan membahagikan elaun sesama sendiri.
Allah maha besar lagi maha mengetahui. Aku berserah kepada Allah sepenuhnya disamping aku juga akan berusaha untuk mendapat pengadilan yang sewajarnya. Hidup hanya sementara dan dalam masa yang perlu diteruskan.
Pengajaran Banjir
15 years ago
No comments:
Post a Comment