Peruntukkan yang disediakan untuk memperelokkan kereta iaitu untuk mengecat dan menukar tayar disamping membaiki body kereta terpaksa digunakan untuk membaikpulih kereta yang rosak disebabkan timing-belt yang putus.
Mungkin dah tiba masanya untuk diperbaiki enjinnya setelah sekian lama ianya dalam keadaan baik. Tetapi yang malangnya apabila ia menyebabkan kos yang amat tinggi pada masa yang tidak sesuai. Tidak sesuai kerana masih lagi kesempitan.
Walaubagaimanapun apa yang perlu dilakukan mestilah dilaksanakan segera tanpa bertangguh. InsyaAllah rezeki ada untuk meneruskan kehidupan yang penuh pancaroba ini. Semoga semuanya dalam keadaan yang baik dan sentiasa baik.
Pengajaran Banjir
15 years ago
No comments:
Post a Comment