Di mana kebenaran kata-kata tersebut....
Itu hanyalah slogan lapuk yang digunakan oleh orang atasan dan berkepentingan untuk menarik perhatian dan sokongan orang lain terhadap apa yang dilakukannya.
Kita memang perlu bekerja dalam satu pasukan kerana mempunyai objektif, matlamat dan tujuan yang sama iaitu untuk mencapai kejayaan. Tetapi apa yang berlaku kenapa imbuhan selepas kejayaan tersebut hanya mereka sahaja yang dapat.
Semua perancangan dan aturannya telah ditetapkan dan setiap ahli pasukan perlu memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing. Jika terdapat sebarang kesilapan dan kesalahan maka mereka akan di hukum sekurang-kurangnya di tegur supaya memperbaiki prestasi atau kerja masing-masing.
Tetapi apabila kejayaan telah dikecapi maka mereka yangmemainkan peranan di belakang tabir akan dilupakan dan hanya mereka yang menonjol sahaja disanjung termasuk oleh ahli pasukan tersebut.
Semakin hari maka semakin hilanglah mereka yang memberi sokongan dan hanya tinggal mereka yang disanjungi sahaja. Mana pasukannya.......
Pasukannya akan dituntut semula memberi sokongan dan komitmen apabila misi baru hendak dilaksanakan seterusnya ia akan berlaku berulang kali.......
Pengajaran Banjir
15 years ago
No comments:
Post a Comment