Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian dalam menguruskan kerja dan tugasan yang diamanahkan. Setiap kerja ada tujuannya dan kepentingannya. Setiap organisasi mesti mempunyai kerja untuk dibuat sebelum pekerja diambil untuk melaksanakan. Setiap kerja mempunyai matlamatnya dan mesti disiapkan mengikut cara dan masa yang ditetapkan.
Pekerja akan diambil untuk menyiapkan dan menyelesaikan masalah kerja dalam organisasi. Tetapi pekerja yang bermasalah dan tidak bertanggungjawab akan menambahkan beban kepada organisasi tersebut. Di samping matlamat tidak dicapai, pekerja tersebut juga mendatangkan kerugian kepada organisasi tersebut.
Setiap organisasi berkembang dan maju bergantung kepada pekerjanya yang kreatif, inovatif, mempunyai daya kepimpinan yang baik serta menguruskan organisasi dengan cara yang betul dan mempunyai wawasan untuk maju bersama organisasi.
Setiap tugasan mesti disiapkan sebagaimana yang ditetapkan untuk mencapai matlamatnya serta mengelakkan daripada menanggung sebarang kesulitan dan kerugian. Sebarang masalah pekerja perlu dielakkan dan diambil tindakan samada secara mendorong mereka bekerja dengan lebih baik atau menamatkan perkhidmatan mereka yang akan mendatangkan kemudaratan kepada organisasi.
Sebarang tindakan tersebut seharusnya mempunyai alasan tertentu terutamanya untuk kepentingan organisasi yang sentiasa diutamakan.
Pengajaran Banjir
15 years ago
No comments:
Post a Comment