Sesuatu tindakan perlu diambil jika perlu walaupun tidak popular. Jangan biarkan sesuatu itu selesai dengan sendiri jika penyelesaiannya mungkin menjejaskan pelbagai pihak. Sesuatu perkara itu, kebiasaannya telah ditetapkan matlamatnya kerana sebagai pekerja, matlamat organisasi adalah yang utama. Kita hanya memandu dan mendorong supaya matlamat itu dicapai dan bukannya mengubah matlamat tersebut. Mungkin cara untuk mencapainya sahaja berbeza bergantung atas pengetahuan, pengalaman dan sikap pekerja tersebut.
Tidak semua tindakan itu disenangi semua pihak. Ada juga tindakan tersebut yang sebenarnya tidak mahu dilaksanakan tetapi terpaksa dilakukan untuk menyelamatkan mereka yang melakukan kesalahan tersebut dan menyelamatkan organisasi. Tindakan juga kebiasaannya adalah bertujuan untuk mendapatkan kesempurnaan dan memperbaiki kesalahan dan kesilapan yang berlaku. Jika perkara tersebut tidak diambil tindakan maka berkemungkinan akan menjejaskan hasil yang diharapkan.
Pekerja harus terima sebarang tindakan yang diambil ke atas mereka adalah bertujuan untuk memperbaiki keadaan disebabkan kelemahan, kesilapan, kekurangan serta ketidak bertanggungjawaban mereka untuk mendapatkan kesempurnaan.
Pengajaran Banjir
15 years ago
No comments:
Post a Comment