Alhamdulillah, selamat menjalani pembedahan yang dilakukan setelah 16 tahun berulang-alik ke hospital untuk mendapat rawatan telinga. Rawatan telinga terpaksa dilakukan kerana telinga sering berair apabila mengalami selsema. Untuk mendapatkan telinga yang benar-benar kering memakan masa yang amat lama.
Setelah menjalani pembedahan kedua tersebut diharap anak akan lebih selesa dengan keadaan dirinya selepas ini. Beliau juga bolehlah menumpukan sepenuh perhatiannya kepada pelajarannya demi mencapai cita-cita beliau yang murni.
Keluarga hanya dapat mendoakan beliau sentiasa selamat, sihat dan bersemangat untuk terus menjalani kehidupan yang penuh pancaroba ini. InsyaAllah semuanya akan dihadapi dengan penuh tabah.
Pengajaran Banjir
15 years ago
No comments:
Post a Comment