Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Salam Sejahtera

Semoga Menjadi Insan Yang Bermaruah Dan Berguna. Ilmu Itu Pelita Hidup

Misi

2010 Tahun Memulakan Kejayaan Dan Menyelesaikan Segala Masalah
Hidup Bahagia Di samping Keluarga Tersayang.

Thursday, June 3, 2010

Bersyukur dengan pemberianNya

Dengan dikurniakan keamanan, kesihatan dan cukup makan pakai sewajarnya kita sudah banyak bersyukur kepadaNya. Kerana asasnya kita sudah memperolehi kesempurnaan untuk hidup dan meneruskan kehidupan kita. Sememangnya kehidupan ini penuh dengan cabaran dan pancaroba.

Keadaan aman iaitu tiadanya pergaduhan, keluarga yang bahagia, jiran yang baik dan masyarakat yang penyayang serta negara yang terhindar dari kacau bilau dan peperangan sewajarnya kita amat mensyukurinya. Jika tidak kita akan sentiasa berada dalam keadaan yang tidak stabil, tidak selamat dan ketakutan. Perasaan kita juga mungkin dihantui dengan sikap ganas, bengis, pemarah dan berdendam. Ini amatlah tidak baik untuk kehidupan yang tenteram dan harmoni sebagaimana kita rasai sekarang. Keselamatan kita terjamin sentiasa walau berada mana saja dalam negara.

Kesihatan tubuh badan juga amat penting dengan pemikiran serta minda yang waras dan cerdas. Kehidupan yang sihat menjamin kemajuan negara dengan rakyatnya menyokong penuh pembangunan serta kemajuan yang dilaksanakan dan yang telah dicapai. Rakyat akan sentiasa mendokong kerajaan yang berlandaskan aspirasi rakyat.

Cukup makan dan pakai iaitu mempunyai peluang mendapatkan pekerjaan yang baik dan sesuai serta mampu membeli keperluan harian menunjukkan kita selesa berada dalam negara kita ini. Kita juga mempunyai tempat untuk berteduh dan berlindung dari hujan dan panas serta melindungi keluarga yang tersayang.

Apa yang kita perolehi sekarang sewajarnyalah kita mensyukurinya kerana ia sudah cukup untuk kita merasai nikmat kehidupan dan beribadat kepadaNya.

Aman tenteram, sihat tubuh badan, mempunyai  tempat berlindung serta cukup makan pakai adalah asas kepada kehidupan kita untuk terus berusaha dan merancang kehidupan yang lebih baik dan sempurna.

No comments:

Post a Comment