Disebabkan kesombongan dan kebongkakkan pihak pengurusan, maka satu lagi episod sedih dan mengharukan berlaku. Yang menjadi mangsanya adalah pekerja tertentu. Kenapa perlu ada diskriminasi dalam pentadbiran organisasi. Di mana keadilan dan kesaksamaan dalam pengurusan. Perlukah ada pilih kasih dalam melaksanakan tanggungjawab. Siapa yang sebenarnya berkuasa dalam sesebuah pentadbiran organisasi.
Jika bekerja di dalam organisasi yang bernaung di bawah organisasi kerajaan dan di tadbir oleh pegawai kerajaan maka seringkali berlaku conflict. Pegawai kerajaan tersebut kebiasaannya akan berlagak sombong dan bongkak seolah-olah organisasi tersebut adalah kekuasaan dirinya sahaja dan beliau bebas melakukan apa saja termasuk mengambil kesempatan ke atas pekerja serta sedaya upaya mendapatkan keuntungan untuk dirinya dari organisasi tersebut.
Mereka juga menindas pekerja yang bukan kakitangan kerajaan dan melindungi pegawai kerajaan yang juga berada di situ walaupun mereka itu juga bersalah dan tidak jujur serta tidak amanah dan bertanggungjawab. Mereka juga sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman terhadap pekerja yang bukan kakitangan kerajaan tersebut walaupun kesalahan mereka itu boleh dinasihati, diperbaiki dan dimaafkan.
Pecah amanah adalah salah guna kuasa untuk kepentingan diri sendiri dengan mengambil kesempatan atas kuasa yang ada di dalam sesebuah organisasi. Bagaimana jika kita meluluskan elaun yang berlebih-lebihan untuk kakitangan tertentu semata-mata untuk mendapat imbuhan elaun yang luar biasa untuk diri sendiri pada masa yang sama. Sebagai pegawai kerajaan, adakah kita dibenarkan untuk mengambil kesempatan dibayar elaun yang melebihi gaji kita melalui pertubuhan atau organisasi lain.
Kononnya duit tersebut adalah duit rakyat tetapi penipuan kita dan penyalahgunaan kuasa kita secara berterusan dihalalkan semata-mata kepentingan diri sendiri. Mungkin penipuan kita telah dihalalkan oleh mereka yang tidak mengetahui hukum dan peraturan tetapi wajarkah kita berlagak sombong dengan menuduh orang lain pula yang tidak amanah serta pecah amanah.
Kelewatan penyerahan duit kutipan adalah perkara biasa dalam organisasi yang tiada peraturan khas mengenainya. Pekerja akan bertanggungjawab ke atas duit serahan tersebut selagi ia tidak diserahkan ke pejabat untuk dibuka resit keatasnya. Sepatutnya, penyewa atau sesuatu bayaran tersebut diminta di buat bayaran di pejabat kerana sebelumnya mereka juga berurusan di pejabat untuk membuat sebarang permohonan dan kelulusan. Tarikh tertentu sepatutnya di tetapkan kepada mereka untuk diambil tindakan seterusnya jika terlewat bayaran. Penyelia kutipan juga sepatutnya mengeluarkan resit penerimaan wang selepas menerima wang kutipan tersebut tetapi kenapa ia tidak boleh dilaksanakan dengan cara yang betul dan baik. Itulah kelemahan yang paling ketara di pihak pengurusan.
Penyelewengan yang lebih teruk juga boleh berlaku dalam organisasi tersebut jika tidak dipantau dan dipraktikkan dengan cara yang betul dan bersistematik. Jika diperhatikan setiap kakitangan mempunyai wang ditangan iaitu wang jualan, kutipan dan modal. Adakah semuanya dikendalikan dengan betul dan tiada penyelewengan berlaku. Siapa yang sebenarnya bertanggungjawab dengan kejujuran pekerja tersebut.
Sifat khianat, hasad ,dengki serta iri hati pihak pengurusan terhadap pekerja bawahan amatlah bahaya dan akan menjadi dendam berterusan jika tidak dibendung lebih-lebih lagi jika dengan mudah di pengaruhi oleh kuasa membodek dan menghasut yang tidak sihat dan berniat jahat di dalam dan luar organisasi berlaku.
Hak seseorang pekerja itu tidak boleh dipertikaikan. Jika berlaku sebarang pertelingkahan maka rujukan kepada pihak berwajib dan tertentu bolehlah di buat untuk mendapatkan pertimbangan yang sewajarnya. Selagi mereka mempunyai hak maka mereka akan dilindungi. Sedarlah dengan apa yang sedang berlaku dan ambillah tindakan yang betul..
Pengajaran Banjir
15 years ago
No comments:
Post a Comment