Menuntut ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad. Tiada sempadan bagi ilmu hingga ke hujung dunia dan sampai ke negeri China. Ilmu dunia dan akhirat sama saja kepentingan iaitu untuk mengangkat darjat seseorang itu dan membuat persediaan menghadapi masa depan yang lebih baik dan berkat.
Menuntut ilmu samalah seperti air yang mengalir yang tidak pernah putus serta tanpa sikap mengalah dan berputus asa. Mengalir dari atas ke bawah iaitu mengikut hukum dunia iaiatu tarikan graviti.
Tawadduk iaitu merendahkan diri samalah seperti air yang disebelah bawah yang menerima sahaja segala ilmu yang hadir dan menjadi semakin bertambah.
Tidak mendatangkan kerugian bagi seseorang itu jika ia menambahkan ilmunya kerana semakin ia menuntut dan belajar maka semakin hauslah ia dengan ilmu yang ada. Kita juga akan menjadi semakin berasa ketinggalan dan kerugian kerana semakin banyak lagi perkara yang kita tidak tahu dan faham.
Jika anak murid bersedia dan sangguh untuk belajar maka gurunya akan sentiasa ada dan bersedia juga. Banyak bercakap membuatkan kita semakin berpeluang membuat kesilapan dan kesalahan. Lebih banyak kita melihat dan memerhati maka kita menjadi semakin berfikir. Berfikir bagi orang yang berilmu adalah salah satu cara berlajar.
Ilmu jika dicurahkan kepada mereka yang berkehendak barulah memberi berfaedah dan tidak membazir dan akan digunakan kejalan yang benar, betul dan diredhai. Berputus asa bermakna kita mengaku kalah atau menyerah. Kita juga jangan sombong dan bongkak semasa menuntut ilmu kerana ilmu hanya bermanafaat kepada mereka yang merendah diri.
Pengajaran Banjir
15 years ago
No comments:
Post a Comment