Elakkan pembaziran, keserabutkan dan mengutamakan majlis sampingan dari yang sebenar. Ini disebabkan kerana tiadanya perancangan yang baik dan betul serta tidak menetapkan belanjawan yang sesuai dan sewajarnya terhadap majlis yang di aturkan dan ianya boleh menimbulkan pembaziran yang melampau.
Kerana terlalu inginkan kemeriahan serta majlis yang grand maka kita lupa matlamat sebenarnya perkahwinan tersebut. Majlis tersebut hanyalah ingin mengumumkan perkahwinan tersebut tetapi jika ia tersalah rancang akan menjerat kewangan kita.
Terdapat tiga perkara yang kita harus perhalusi dalam menguruskan perkahwinan iaitu kosnya, aturcaranya serta jemputannya. Kosnya melibatkan belanja untuk menyediakan tempat, makanan iaitu menunya dan mereka yang terlibat. Aturcara majlis juga mempengaruhi keseluruhan majlis tersebut termasuklah penyediaannya majlis serta yang berkaitan dengannya. Para jemputan sangat penting dalam sesuatu majlis kerana di situlah kemeriahan majlis tersebut.
Walau apa pun keadaannya maka perancangan yang baik dengan peruntukkan yang sesuai serta kawalan majlis serta aturcara yang sesuai dan baik perlulah diperhalusi untuk mengelakkan majlis yang kelam kabut, membazir serta tidak mencapai matlamat.
Pengajaran Banjir
15 years ago
No comments:
Post a Comment