Apa yang ada disekeliling rumah kita. Pernahkah kita ambil tahu bahawa nyamuk boleh membiak di sekitar rumah kita. Pembiakan nyamuk amatlah singkat sekali. Ia boleh membiak di atas dauh-daun yang bertakung air di bawah pokok sekitar rumah kita. Jika kita perhatikan nyamuk kebiasaannya akan mula berterbangan pada waktu senja. Ia amat sensitif dengan darah manusi dan oleh itu maka ia akan mencari dan masuk ke dalam rumah untuk mencari makan. Mahukah kita menjadi mangsa keadaan yang kita antaranya penyumbang besar kepada keadaan tersebut. Janganlah kita lupa bahawa kitalah yang berkuasa dan bertanggungjawab mengubah diri dan nasib kita. Jika kita sendiri yang merelakan perkara tersebut berlaku maka jangan salahkah orang lain jika ia benar-benar berlaku. Kita juga jangan melenting jika suatu hari nanti kita akan dipersalahkan atas apa yang kita lakukan hari ini. Masa lepas akan menjadi sejarah dan tidak boleh diubah. Jadilah masyarakat yang bertanggungjawab pada diri sendiri dan juga masyarakat sekitar. Tidak rugi berbakti kerana faedahnya kita juga yang akan merasanya.
No comments:
Post a Comment