Ada perkara yang kita terpaksa lakukan walaupun ia amat berat untuk dilaksanakan. Walaupun kita sangat sayangkan seseorang itu tetapi ia bukan milik kita. Ia lebih sesuai untuk berada diluar daripada duduk bersama kita. Ini disebabkan kebebasan yang diberi telah disalah ertikan dan telah digunakan tanpa segan silu sehingga menyinggung perasaan orang yang berada disekeliling kita. Ia juga telah menimbulkan masalah yang lebih besar dan rumit dikalangan umum. Mungkin kerana dia duduk bersama kita maka dia sangat berani mengeluarkan berbagai kenyataan yang sepatutnya adalah masalah dalaman dan perlu dibincangkan secara dalaman. Musuh menggunakan kenyataan tersebut untuk memperlekehkan hubungan kita tetapi dia terus-terusan bertindak bodoh seolah-olah menjadi ejen pepecahan. Dibuang mati emak ditelan mati bapa tetapi sesuatu perlu dilakukan untuk menyelamatkan perpaduan dan perjuangan umum.
Perjuangan ahli perlu selari dengan parti jika mahu kekal lama dan mendapat sokongan masyarakat. Ahli perlu patuh dan menghormati peraturan dan undang-undang parti disamping mempunyai hubungan baik dengan ahli-ahli lain. Pemimpin mempunyai kuasa untuk bertindak terhadap ahli yang melampau dan terlampau mengikut peraturan dan kuasa dalam parti. Disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga. Jangan disebabkan seekor kerbau membawa lumpur maka semuanya terpalit. Matlamat parti dan kumpulan besar diutamakan. Jangan melampaui bidang kuasa sehingga menggugat kepercayaan umum terhadap parti. Kenapa harus berjuang dalam kumpulan jika mementingkan prinsip dan diri sendiri. Prinsip jemaah sepatutnya diutamakan kerana kita berparti dan berjemaah. Sepatutnya kita keluar daripada jamaah dengan rela hati jika sudah tidak sehaluan dengan muhasabah diri terlebih dahulu siapa diri kita dan asal usul kita. Berilah hak orang lain kepada yang berhak. Nilai prinsip kita atas perjuangan apa. Jika diri sendiri maka sesuailah kita meletak jawatan tanpa melibatkan parti. Kemudian hiduplah dengan cara kita sendiri sebagaimana yang kita kehendaki.
Pengajaran Banjir
15 years ago
No comments:
Post a Comment