Kenapa berlaku perselisihan faham, tidak bersependapat, perdebatan dan pertengkaran. Semua orang akan mengatakan dia betul. Jika ada yang bertentangan dengan pendapat dan tindakannya maka mereka itu yang bersalah atau tidak betul. Jika beliau seorang yang berpengaruh dan mempunyai penyokong maka ini akan menguatkan lagi pendiriannya. Kuasa juga boleh memainkan peranan untuk menguasai keadaan serta menentukan sesuatu perkara. Mereka bebas menentukan segalanya selagi berkuasa dengan berbagai cara dan alasan untukmengambil kesempatan dan terus berkuasa.
Jika dalam organisasi atau pertubuhan kuasa memainkan peranan untuk menentukan sesuatu keputusan. Untuk mendapatkan kuasa tersebut maka sokongan atau perlantikkan diperlukan. Sebenarnya kuasa tersebut hanya untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab berlandaskan peraturan dan undang-undang sedia ada. Bukan boleh digunakan sewenang-wenang untuk kepentingan diri atau kumpulan tertentu.
Penyalahguna kuasa banyak dilakukan oleh pihak atasan tetapi adalah sukar untuk diambil tindakan kerana kebiasaannya memerlukan kos yang tinggi, masa yang lama dan yang amat penting memerlukan bukti dan tindakan pihak undang-undang kecuali jika mereka mengaku melakukan penyelewengan tersebut. Siapa yang akan mengaku berak tengah jalan dan memalukan diri sendiri. Oleh itu ia adalah sesuatu yang amat mustahil berlaku. Jika tidak ia kan menjadi amat sukar sekali. Sememangnya jika melakukan kesalahan ia amat memalukan jika diketahui umum dan seboleh-bolehnya perkara tersebut akan ditutup rapi termasuklah bersama orang yang terlibat atau bersengkongkol dengannya. Mereka juga sanggup menghalalkan berbagai cara untuk terus berkuasa dan mengambil kesempatan walaupun cara tersebut adalah salah, tidak bermoral atau suatu penyelewengan. Kebiasaannya mereka tidak akan segan silu lagi melakukan penyelewengan yang baru kerana alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan, biar pecah di peruk asal jangan pecah di mulut atau gengam bara api biar sampai jadi abu.
Kemungkaran yang dilakukan dan dipertahankan akan mewujudkankan kemungkaran yang lebih dahsyat kerana mereka malu jika dikatakan tidak amanah atau menyeleweng walaupun mereka tidak malu semasa melakukannya kerana mereka tidak malu kepada diri sendiri dan hanya malu kepada orang ramai.
Pengajaran Banjir
15 years ago
No comments:
Post a Comment