Cuti sekolah dapat mengeratkan keluarga kerana pada masa inilah semua anak-anak balik dari asrama dan berkumpul. Walaupun begitu sebenarnya pada masa inilah juga kesibukan ibu bapa menjaga dan menguruskan anak-anak semakin bertambah. Ada yang terikat dengan tuisyen sekolah untuk menghadapi peperiksaan. Ada juga aktiviti sasiah di masjid berdekatan dan ada yang menghadiri perkhemahan kepimpinan dan seminar motivasi. Semuanya perlu dibahagikan masa dan yang paling penting keinginan untuk balik kampung.
Kampung merupakan nostagia bagi anak-anak. Mereka akan merengek untuk balik ke kampung berjumpa nenek dan atuk serta saudara mara. Walaupun sekejap dan masa tidak terluang tetapi mesti diperuntukkan juga untuk balik ke kampung. Kita sendiri pun melonjak ingin pulang ke kampung berjumpa ayah ibu dan adik beradik walaupun hanya sekejap.
Alhamdulillah, semuanya diatasi dengan baik dan sempurna. Habis cuti, anak-anak mula ke asrama semula dan tinggallah ibu dan bapa meneruskan kehidupan harian.
Pengajaran Banjir
15 years ago
No comments:
Post a Comment