Laman sosial memainkan peranan penting dalam masyarakat Malaysia sekarang. Apabila PM bermain facebook atau alam maya untuk bersosial maka rakyat pun semakin ramai menggunakan kesempatan tersebut untuk berurusan dan berhubungan sesama sendiri dan PM. PM mempunyai serampang dua mata dalam penggunaan alam maya tersebut kerana beliau juga menggunakan slogan dan gagasan 1Malaysia dalam memperkenalkan facebooknya. Keberkesanannya amat ketara sekali dengan jumlah bilangan rakan dan peminat beliau yang semakin meningkat dan bertambah. Rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan adalah motto yang digunakan oleh PM dalam menarik minat rakyat serta melaksanakan tanggungjawabnya dalam urusan kerajaan.
Adakah motto dan slogan tersebut hak mutlak PM. Kenapa pemimpin lain seperti terpinggir dan terasing dalam perlaksanaan. Mampukah PM menjelaskannya sepenuhnya kepada pemimpin lain dan rakyat maksud sebenar gagasan tersebut iaitu tujuan dan matlamatnya serta perlaksanaannya. Apa peranan setiausaha PM sebenarnya. Adakah bekerja untuk membantu PM atau mengantikan menteri dan pemimpin lain dalam urusan 1Malaysia. Jika perkara sebegini pun tidak diambil kira bagaimana pula dengan masyarakat Malaysia yang berbilang bahasa, bangsa dan agama. Bagaimana pula denga perlembagaan dan raja kita.
Banyak persoalan yang terpaksa dikaitkan dalam urusan politik dan kerajaan disebabkan banyak isu dan perkara berbangkit yang menimbul rasa tidak puas hati majoriti masyarakat dan rakyat Malaysia kini. Jika timbul sesuatu perkara, maka banyaklah pula perkara berbangkit yang mengiringi dan terpalit.
Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang menyelesaikan masalah rakyat dan bukannya menimbulkan masalah kepada rakyat. Jika rakyat diutamakan maka perlulah setiap idea dan kepentingan dijuruskan kepada rakyat dan bukannya kepada pemimpin. Banyak perkara yang dilihat dan diperhatikan dibuat dan dilaksanakan atas kehendak pemimpin tertentu dan akhirnya menyusahkan dan merugikan rakyat.
Jika pemimpin benar-benar ikhlas untuk memimpin maka bersedialah untuk kota apa yang dijanjikan dan menunaikan kehendak dan keperluan rakyat. Jika tidak bersedialah untuk bertanggungjawab atas kemusnahan yang mereka reka untuk kepentingan diri dan kroni mereka selama ini. Rakyat sudah bijak menilai dan mendapat maklumat serta membuat keputusan.
Pengajaran Banjir
15 years ago
No comments:
Post a Comment