Manusia yang effektif adalah mereka yang berkata tidak kepada perkara yang mengawal kehidupan mereka yang boleh membawa kepada keburukkan dan kemusnahan. Kehidupan kita banyak di kawal oleh perkara yang akhirnya boleh merosakkan diri kita sendiri. Contohnya, nafsu dan keinginan yang terbahagi kepada beberapa kategori antaranya nafsu marah, makan, nafsu duniawi iaitu kemewahan serta keinginan untuk hidup senang dan berjaya..
Beranikah kita berkata tidak kepada perkara yang kita suka tetapi boleh memudaratkan kita. Wang amat diperlukan dalam kehidupan harian kita. Tetapi adakah semua pendapatan kita itu adalah betul dan benar cara mendapatkannya. Bekerja untuk mendapatkan imbuhan adalah perkara biasa tetapi jika ia disalah gunakan boleh membawa kepada kemudaratan seperti rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.
Mungkin sesetengah orang selesa dengan kehidupan harian mereka walaupun banyak melakukan perkara yang bertentangan dengan norma dan peraturan kehidupan sebenar. Apa yang penting mereka dapat dan perolehi apa yang mereka inginkan dan mahukan.
Siapa yang akan menentukan disiplin hidup kita kecuali kita sendiri yang lebih mengetahuinya. Beranilah berkata tidak kepada perkara yang kita suka atau lakukan walaupun ia akan mmenjejaskan pendapatan kita. Atau kita akan terus hanyut dengan kepalsuan duniawi.
Pengajaran Banjir
15 years ago
No comments:
Post a Comment