Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Salam Sejahtera

Semoga Menjadi Insan Yang Bermaruah Dan Berguna. Ilmu Itu Pelita Hidup

Misi

2010 Tahun Memulakan Kejayaan Dan Menyelesaikan Segala Masalah
Hidup Bahagia Di samping Keluarga Tersayang.

Friday, July 9, 2010

Berhenti atau diberhentikan

Perlukah kita berhenti jika menghadapi masalah yang direka dan dilakukan oleh orang lain. Apa sebab sebenarnya kita ingin berhenti. Adakah kita mengalah dengan kerenah dan birokrasi orang lain. Berjayakah kita mengubah keadaan dengan berhenti atau berjayakah kita selepas ini apabila mengalah dengan keadaan yang sememangnya diwujudkan oleh orang lain dan bukan kita yang lakukannya. Tidak adakah masalah sebegini di tempat lain. Mengalah bererti kita mengaku kalah dan tidak semestinya kita akan bangkit semula seperti orang yang dianggap berjaya. Kita terpaksa memulakan semula kehidupan kita dari awal.

Banyak perkara yang terjadi dan berlaku disebabkan oleh kelemahan diri kita sendiri. Renungkanlah diri kita sendiri terlebih dahulu apabila menghadapi sebarang masalah. Kita yang gagal untuk mengawal keadaan atau membenarkan perkara tersebut wujud dan membara dalam kehidupan kita dan seterusnya merosakkan diri kita akhirnya. Sememangnya kelemahan diri seseorang itu adalah kekuatan orang disekelilingnya jika mereka mengunakan kesempatan tersebut.

Tetapi setiap kelemahan itu boleh diperbaiki. Tetapi seseorang itu perlu tahu bagaimana untuk memperbaikinya dan sanggup memperbaikinya. Setiap perkara ada cabarannya. Cabaran akan lebih kuat jika kita lemah dan kurang arif mengenainya. Setiap orang ada kekuatan dan kelebihan sendiri dan itulah perbezaan antara kita sesama sendiri.

Kelebihan seseorang itu mungkin disebabkan ilmu pengetahuan yang di milikinya, pengalamannya, keberaniannya atau kekuatan mindanya. Gunakan kelebihan yang dimiliki sebaik mungkin untuk kebaikkan semua pihak dan fikirkanlah setiap orang itu mempunyai hak dalam kehidupan mereka.

No comments:

Post a Comment