Adakah keluarga kita gembira dan bahagia. Bagaimana kita boleh menilai kebahagian dan kegembiraan keluarga kita. Kita dapat mengembirakan keluarga dengan memberi apa yang mereka minta tetapi kebahagian keluarga perlulah bersama dengan kasih sayang.
Mungkin kebendaan perlu semasa bersama keluarga tetapi ianya bukanlah segalanya. Kasih sayang amat penting dalam membina keluarga yang bahagia kerana keluarga yang bahagia datangnya dari isi keluarga yang berasa selesa dan memerlukan satu sama lain.
Memberi dan menerima dalam kemesraan keluarga dapat membina kekuatan keluarga tersebut dan mengeratkan hubungan kekeluargaan tersebut. Hubungan tersebut perlu dipupuk untuk senditasa segar dan mesra sesama keluarga.
Sayang keluarga samalah seperti kita menyayangi diri sendiri. Binalah keluarga yang saling memerlukan sesama sendiri.
Pengajaran Banjir
15 years ago
No comments:
Post a Comment