Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Salam Sejahtera

Semoga Menjadi Insan Yang Bermaruah Dan Berguna. Ilmu Itu Pelita Hidup

Misi

2010 Tahun Memulakan Kejayaan Dan Menyelesaikan Segala Masalah
Hidup Bahagia Di samping Keluarga Tersayang.

Wednesday, January 19, 2011

Keliru dengan kehidupan

Walau sepandai mana pun kita, jika kita ingin belajar dan mendalami ilmu maka mestilah mempunyai guru atau pembimbing atau tempat untuk dirujuk. Jika tidak maka ilmu tersebut boleh menyesatkan kita dan menyebabkan kita semakin keliru dan hanyut.

Sebenarnya semakin banyak kita belajar dan mendalami ilmu maka semakin banyaklah kita terdedah dengan cabang ilmu tersebut dan memerlukan pemerhatian dan kajian yang lebih mendalam jika kita ingin mengetahuinya serta memahaminya dengan lebih baik. Semakin banyak kita belajar maka ilmu tersebut semakin terbuka dan semakin banyaklah apa yang kita tidak tahu walaupun telah banyak apa yang kita tahu.

Terdapat juga maksud yang tersirat daripada yang tersurat disebalik apa yang kita belajar dan kaji. Kita juga memerlukan minda yang lebih fokus serta terbuka apabila menghadapi kerumitan dan pemahaman yang tidak jelas. Andaian dan terjemahan sendiri tanpa guru akan menyebabkan kita syok sendiri.

Jangan sesekali tersilap langkah serta memperlekehkan ilmu. Kita juga tidak boleh mengambil ringan dengan ilmu kerana setiap ilmu dan pengetahuan yang kita perolehi itu mempunyai kekuatan tersendiri. Setiap ilmu itu berguna dan mempunyai kepentingannya sendiri.

Ilmu agama adalah ilmu kehidupan yang sangat luas dan terbahagi kepada banyak cabang dan tahap-tahap yang tertentu. Ia meliputi setiap perkara yang nampak dengan mata boleh dipegang, dilihat dan dirasa. Ia juga meliputi perkara-perkara yang ghaib dan masa depan yang memerlukan pengertian dan tujuan tertentu. Antaranya ilmu Al Quran dan Al Hadis serta ilmu fardu ain, feqah dan kekeluargaan.

Sebenarnya semua ilmu yang dipelajari adalah berkaitan dengan kehidupan dan semestinya ia meliputi ilmu agama termasuklah undang-undang, perniagaan dan perhubungan. Kita juga perlu memulakan setiap pembelajaran itu daripada asas dan perkara-perkara umum dahulu sebelum kita mula mendalami setiap ilmu tersebut. Jika tidak kita akan terperangkap dengan kedanggalan dan kejahilan kita sendiri terhadap ilmu tersebut.

Tiada jalan pintas untuk setiap perkara kerana jalan pintas itu akan mengurangkan pengetahuan kita terhadap sesuatu ilmu tersebut.

No comments:

Post a Comment