Sebagai ibu bapa kita adalah guru pertama dan sepanjang hayat untuk anak-anak kita. Anak-anak seperti kain kapas yang putih bersih. Ibu bapalah yang mula mencorakkan mereka dengan pelbagai warna kehidupan selain guru sekolah, rakan-rakan dan persekitan kehidupan mereka.
Pada zaman bayi dan awal pembesaran mereka, anak-anak perlu disuapkan dan ditatang bagai minyak yang penuh. Mereka hanya menerima apa saja yang disediakan untuk mereka. Pada masa ini mereka amat memerlukan pelindungan yang menyeluruh kerana mereka hanya menerima apa saja dari ibu bapa mereka. Mereka tidak akan mempersoalkan dan bertanya kerana mereka tidak berkebolehan untuk berfikir dan bertindak sebegitu.
Apabila mereka memulakan persekolahan mereka, maka anak-anak sudah mula terdedah dengan berbagai tunjuk ajar dari guru selain daripada ibu bapa mereka. Mereka juga sudah mula terdedah dengan persekitan dan rakan-rakan yang akan mempengaruhi kehidupan mereka selepas ini. Tetapi ibu bapa hendaklah menjadi kata pemutus kepada setiap perkara dalam tindakan anak-anak mereka. Ibu bapa perlu mengambil tahu perkembangan anak-anak mereka kerana keinginan dan kehendak mereka sudah mula berkembang dengan pelbagai kerenah. Anak-anak tidak boleh membuat keputusan sendiri tanpa pengetahuan ibu bapa.
Selepas tamat persekolahan, minda anak-anak sudah mula matang dan memerlukan sedikit kebebasan untuk melakukan dan bertndak. Mereka memerlukan keterbukaan dalam setiap hal dan masalah kerana mereka sudah mula membuat keputusan sendiri. Mereka sepatutnya sudah mula berdikari samada di alam persekolahan peringakat universiti atau awal pekerjaan. Mereka juga sudah mula berfikir untuk masa depan mereka dengan lebih serius termasuk dalam persekolahan mereka, pekerjaan dan keluarga sendiri.
Jika kematangan mereka sudah terserlah maka benarkanlah mereka untuk meneruskan kehidupan mereka dengan gaya dan cara mereka kerana mereka lebih mengetahui apa yang mereka berkehendak. Hidup penuh panca roba dengan pelbagai cubaan, dugaan, rintangan dan halangan. Setiapnya akan mematangkan mereka untuk mengharungi masa depan dengan lebih baik. Islam adalah sebaik agama iaitu cara hidup.
Pengajaran Banjir
15 years ago
No comments:
Post a Comment