Apabila bermulanya tahun baru maka bermulalah persekolahan anak-anak. Bagi mereka yang baru ingin memulakan persekolah maka pendaftaran perlulah dibuat selain menemani mereka untuk satu tempoh tertentu supaya mereka dapat membiasakan diri dengan persekitaran baru.
Bagi anak-anak yang masih bersekolah rendah maka pembayaran yuran tertentu perlulah dibuat semasa hari pertama persekolahan selain membeli buku latihan.
Di sekolah menengah lain pula kerenahnya terutamanya yang tinggal di sekolah berasrama. Mereka akan dibekalkan dengan pelbagai perkara termasuk duit belanja. Peruntukkan masa yang lebih diperlukan untuk mereka kerana mereka akan berjauhan daripada keluarga semasa belajar kelak.
Pendaftaran bagi tingkatan satu dan empat juga mungkin perlu dibuat jika mereka bertukar sekolah. Maka kosnya adalah lebih daripada biasa.
PLKN juga akan termasuk dalam urusan anak-anak apabila mereka ditawarkan untuk mengikuti latihan selama tiga bula di mana-mana pusat latihan.
Maka bagi bulan pertama dan kedua akan menjadi rutin bagi mak dan ayah untuk menziarah dan melawat anak-anak kerana untuk menyesuaikan diri dan melepaskan rindu.
Apa-apa pun, itulah seronok berkeluarga dan melayan kerenah anak-anak.
Pengajaran Banjir
15 years ago
No comments:
Post a Comment