Bercuti bersama keluarga amat mengembirakan dan menyenangkan. Bila ahli keluarga semuanya ada semasa bercuti maka tiadalah kerisauan dan ketidak puasan hati berlaku. Sitiap detik dirasai bersama dan mengharungi kepayahan dan kepahitan bersama.
Sarawak adalah destinasi kami. Bermula dari rumah, detik kegembiraan sudah dirasai oleh anak-anak kerana pertamanya mereka tahu bahawa mereka akan merasai menaiki kapal terbang.
Apabila kaki menjejak di lapangan terbang, mereka sudah mula mengambil gambar untuk dijadikan saksi dan bukti bahawa mereka akan menaiki kapal terbang pada detik tersebut. Mereka juga sibuk menyesuaikan diri dengan sekitaran serta melihat permandangan yang menarik di situ.
Setelah tiket disahkan dan masuk ke kawasan menunggu melalui kawalan keselamatan lapangan terbang dan imigeresen maka mereka sudah mula merasai keseronokkan menaiki kapal terbang.
Di Sarawak kami menghadiri perkahwinan keluarga kami, membeli kek lapis, berjalan di sekitar water front, pergi ke Pasar satok membeli ikan terubuk dan ke Sirikin untuk membeli belah.
Kami pulang dengan seribu kepuasan dan jika mempunyai rezeki akan bercuti bersama keluarga lagi di masa depan dengan destinasi yang masih belum difikirkan.
Pengajaran Banjir
15 years ago
No comments:
Post a Comment