Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Salam Sejahtera

Semoga Menjadi Insan Yang Bermaruah Dan Berguna. Ilmu Itu Pelita Hidup

Misi

2010 Tahun Memulakan Kejayaan Dan Menyelesaikan Segala Masalah
Hidup Bahagia Di samping Keluarga Tersayang.

Wednesday, February 3, 2010

Sambung belajar untuk Ibu dan arwah Abah

Selepas mendapat diploma terus mencari kerja. Ibu dan abah menyuruh aku untuk menyambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi tetapi disebabkan ingin berehat sebentar dari belajar maka aku membuat keputusan untuk terus bekerja. Perjanjian juga di buat untuk belajar semula suatu hari nanti.

Setelah bekerja hampir 4 tahun bekerja, perkahwinan pula dirancang dan diikuti dengan berkeluarga sehingga mempunyai anak lima. Tetapi semasa abah meninggal kekuatan untuk menyambung belajar muncul semula. Abah meninggal selepas kemalangan adik di ITM Dungun yang mengakibatkan kematian. Mungkin 2 faktor itu sudah cukup untuk mengumpul kekuatan dan membuat perancangan menyambung belajar.

UKM menjadi pilihan tetapi sampai semester 3 sahaja kerana komitmen kerja. Membahagi masa dan komitmen amat penting jika sedang belajar. Gagal menghadiri peperiksaan bermakna gagal untuk lulus. Selepas itu aku mencuba menyambung belajar di Uel, Kusza. Walaupun penuh cabaran dengan berulang alik serta mengalami kemalangan semasa menghadiri kelas namun semangat semakin kuat untuk terus belajar dan belajar. Konvokesyen yang diadakan menimbul semangat baru untuk aku menyambung belajar lagi ke peringkat yang lebih tinggi. Ini disebabkan ibu tidak dapat hadir semasa konvo dan aku sendiri ingin memperbaiki pencapaian B.A. tersebut.

OUM di Kuala Lumpur menjadi pilihan untuk membuat M.A. Sungguh seronok belajar kerana dapat mengelakkan diri daripada masalah pekerjaan yang tidak berhabisan. Keputusan yang dicita-citakan dicapai dan majlis konvo pula dapat dihadiri oleh dua insan tersayang iaitu ibuku dan isteriku bersama anak-anakku serta adik-adikku. Walaupun sudah berumur maka tercapailah sudah hajat untuk membuktikan kemampuan sebenar serta menunaikan janji kepada kedua orang tua iaitu ibu dan abah. Terimakasih kepada isteri dan anak-anakku yang memberi sokongan dan dorongan semasa aku belajar, mengulangkaji pelajaran, menyiapkan 'assigment' dan 'report' serta membuat persiapan menghadapi peperiksaan. Tidak lupa juga kepada kedua 'study group'ku yang banyak membantu.

Semoga roh abah dan adik dicucuri rahmat serta berada dalam lindungan Allah. Al Fatihah.

No comments:

Post a Comment