Jangan bermain api, kecil mencari kawan dah besar menjadi lawan. Maksud sebenarnya amatlah luas kerana ia meliputi sesuatu yang amat diperlukan dan akhirnya boleh memusnahkan keseluruhannya. Sifat manusia tidak boleh hidup sendirian. Memerlukan seseorang untuk bersahabat, meminta pertolongan, bersaing, membuat perbandingan dan bermacam lagi. Jika ia keseorangan maka ia menjadi layu kerana tidak mempunyai semangat dan dorongan. Ia seolah-olah hilang punca tanpa arah tujuan atau tidak mempunyai maklamat. Sokongan dan motivasi amat diperlukan untuk meniupkan semangat. Bila berdua maka berlakukan persaingan samada sihat atau tidak, ia tidak menjadi persoalan. Jika lebih ramai maka makin meriahlah suasana dengan perlbagai kerenah dan perangai. Maka timbulkan pelbagai konflik dengan matlamat yang berbeza antara satu sama lain.
Jika mereka yang berpengaruh dan berkuasa mempunyai agenda dan matlamat atau cita-cita peribadi maka timbullah kumpulan dalam kumpulan. Fitnah dan hasad dengki dengan sendirinya wujud kerana syaitan bersama mereka yang memerlukannya. Tetapi jangan bermain dengan api kerana setiap penganiayaan itu akhirnya berbalik kepada kita semula. Keburukkan yang kita lakukan akan melambangkan siapa kita sebenarnya walaupun diselubungi dengan kebaikkan. Botak Chin dan Robin Hook tetap jahat walaupun membantu orang miskin kerana tiada matlamat menghalalkan cara. Akhirnya api itu memakan diri kita sendiri.
Pengajaran Banjir
15 years ago
No comments:
Post a Comment