Satu jam bersama tukang kasut di kaki lima ada yang boleh dipelajari daripada mereka. Pandangan mereka tentang sesuatu perkara adalah dalam bentuk perbezaan dan pendapat. Anak kampung dan anak bandar jauh berbeza adalah permulaan perbualan kami. Kenapa begitu? Bentuk paras rupa mereka sama sahaja tetapi pendidikan, pergaulan, hubungan keluarga, pengalaman dan cara hidup mereka jauh berbeza. Dimaklumkan anak bandar lebih bersikap kasar dengan perangai dan cara bertutur mereka serta pergaulan mereka yang liar. Mereka kurang rasa hormat dari segi perasaan dan hak orang lain. Anak bandar cepat memberontak inginkan sesuatu dan tidak malu untuk mengugut dalam menuntut janjinya. Daya usaha dan juangnya lemah dan sering kali gagal menyesuaikan diri dengan keadaan baru. Jika sesuatu cabaran itu sukar atau susah mereka cepat berputus asa.
Tetapi sebaliknya berlaku dengan anak kampung. Lebih menghormati orang tuan dengan sikat lemah lembut dari segi tutur kata dan perbuatan. Cepat menyesuaikan diri dengan keadaan walaupun baru. Sedia menghadapi cabaran untuk berjaya walaupun susah kerana kesusahan itu sebenarnya kehidupan mereka. Akhirnya berjaya dengan cemerlang dan dapat mengekalkan kejayaan tersebut.
Tukang kasut ini adalah doktor atau pakar untuk membaiki dan memulihkan kasut. Tetapi mereka turut memikirkan masalah mayarakat kita walaupun tidak pernah ditanya pendapat mereka. Walaupun kerja mereka hanya bermodalkan jarum kasut, benang dan gam tetapi jika tiada halangan cuaca dan pihak berkuasa pendapatan mereka lebih selesa dari sesetengah orang yang bergaji tetap.
Sebenarnya mereka juga makan gaji seperti orang lain kerana mempunyai tauke yang menguruskan tempat dan aktiviti mereka.
Pengajaran Banjir
15 years ago
No comments:
Post a Comment