Entah mengapa kawanku menghadiahkan sepasang but yang sedang digunakannya untuk aku. But yang aku gunakan juga telah dihadiahkan oleh sepupuku tetapi telah patah tapaknya semasa aku mengikuti latihan minggu lepas. Ada seorang kawanku telah meminjamkan butnya untuk aku gunakan setelah but aku patah tapak. Sekarang aku menggunakan but hadiah kawanku itu tetapi telah terkoyak pula di bahagian depannya dan terpaksalah aku memakai semula but yang dipinjamkan oleh kawanku tempoh hari. Aku mengharap but tersebut akan segera diperbaiki untuk akau gunakan semula. Apa yang aku fikirkan buat masa ini, masih ramai orang yang baik dan benar-benar ikhlas bersahabat sanggup memberi kepunyaan sendiri digunakan orang lain. Mereka sanggup berkorban untuk berkawan. Aku sunggup terharu dengan kawan-kawanku ini. Bilakah masanya pula untuk aku menolong mereka.
No comments:
Post a Comment