Dalam sebarang konflik kebiasaannya kita tidak diberi ruang untuk mempertahankan diri kita. Mereka yang berkuasa akan menutup segala ruang dan pengaruh untuk mengelakkan cerita sebenar daripada diketahui umum. Oleh itu mereka bebas menuduh dan menfitnah seseorang dengan sokongan orang-orang yang berkepentingan dan ketakutan. Mereka membuat tuduhan sewenang-wenangnya kononnya dengan rasa penuh tanggungjawab tapi sebenarnya mereka cuba mengambil kesempatan dan takut dengan bayang-bayang sendiri. Mereka musang berbulu ayam dan bermuka-muka.
Kenapa perlu dilantik seseorang untuk menjawat jawatan tertentu sedangkan kita tidak membenarkan beliau untuk melaksanakan tugasnya dan menghalang beliau daripada menghadiri mesyuarat. Kenapa juga beliau tidak dilibatkan dalam sebarang tugas pembangunan projek dan pengurusannya sedangkan itulah jawatan beliau. Kenapa pula mesti ada perubahan struktur pengurusan sedangkan perlaksanaannya bersifat peribadi. Jika staf tidak dibenarkan untuk sambung belajar dan mempertingkatkan keupayaan diri bagaimana kita boleh mencapai tahap pengurusan tertinggi. Bagaimana pula dengan tindakan Lembaga Pengarah dan Pengurus yang tidak berlandaskan kepada peraturan yang adil.
Staf juga mempunyai hak untuk mempertahankan diri dari tindakan pengurusan yang tidak betul dan tidak berpandukan kepada peraturan atau bersifat penganiayaan dan tidak bertanggungjawab. Kita diam bukan bererti kita kalah tetapi kita tidak mahu mengeruhkan suasana dan masih menghormati mereka. Mereka juga tidak memberi ruang dan peluang untuk kita untuk mempertahankan diri. Mereka juga sedar bahawa sebenarnya tiada kesalahan yang kita lakukan tetapi disebabkan ego dan tekanan mereka terpaksa bertindak bodoh seperti lembu di cucuk hidung untuk menunjukkan kuasa mereka.
Penyalahgunaan kuasa sebegini sebenarnya memperlihatkan kepada umum tahap pengurusan kita jika ditadbir oleh mereka yang tiada ilmu pengurusan dan mempunyai kepentingan peribadi. Akhirnya akan berlaku masing-masing mengatakan "saya tak tahu, ikut aje...." dan "bukan aku tapi....." atau "aku ikut arahan aje..........".
Pengajaran Banjir
15 years ago
No comments:
Post a Comment