Berpolitik untuk menjahanamkan karier orang dengan mencurahkan pasir ke periuk nasi orang tersebut adalah lumrah dalam alam pekerjaan sekarang. Sebenarnya kita dapat mengenali seseorang itu dari awal kita berjumpa dan berkawan dengannya. Mereka tidak ikhlas berkawan dengan kita dengan mengambil kesempatan atas kebaikkan kita dan memburukkan kita apabila berada di belakang kita. Sikap berpura-pura dan berlakun ini sebenarnya dapat di lihat dengan jelas apabila sesuatu pekerjaan itu berjaya atau gagal. Mereka tidak malu mengaku sesuatu kejayaaan itu milik mereka dan mengatakan kita yang menyebabkan sesuatu itu gagal. Inilah sikap hipokrik serta munafiq mereka kerana secara terangan mereka menafikan hak kita dan mengambil kepunyaan orang lain.
Sesuatu atau seseorang itu tidak di dapati bersalah selagi makamah belum memutuskannya ianya bersalah dan selagi itulah kita mempunyai hak mempertahankan diri, hak dan maruah kita. Tuduhan mestilah disertakan dengan bukti yang benar. Tuduhan tanpa ada bukti adalah fitnah. Fitnah yang boleh menyusahkan orang lain adalah jahat serta suatu penganiayaan. Jika tuduhan itu tidak betul dan hukuman telah dilaksanakan keatasnya maka ianya bolehlah diistilahkan sebagai salah guna kuasa dan boleh didakwa dan diambil tindakan.
Pengajaran Banjir
15 years ago
No comments:
Post a Comment