Majlis penyampaian anugerah dan hadiah amat bermakna untuk pelajar yang telah berjaya dan ingin berjaya. Bagi pelajar yang telah berjaya meraka merasa satu kepuasan apabila kejayaan mereka diraikan. Segala titik peluh dan penat lelah mereka dihargai terutamanya dengan kehadiran orang yang tersayang. Mereka juga akan lebih bersemangat untuk lebih cemerlang pada masa akan datang. Bagi pelajar yang sedang menghadapi cabaran peperiksaan utama dalam masa terdekat maka ia akan dijadikan sebagai motivasi untuk mereka. Mereke amat memerlukan sokongan dan dorongan dari seluruh anggota yang berkaitan seperti kawan-kawan, guru, sekolah, ibubapa dan masyarakat setempat.
Tidak rugi untuk kita bersama memberi semangat kepada anak-anak kita untuk menyiapkan diri dari segi mental dan pembelajaran bermula dari awal tahun. Ini dapat membantu mereka lebih bersedia dan relaks semasa peperiksaan sebenar diadakan nanti. Kita juga dapat menyelami kelemahan mereka dan dapat memperbetulkan kesilapan serta memperbaiki kelemahan tersebut lebih awal. Kejayaan anak adalah kejayaan guru dan ibubapa kerana anak-anak mewakili keseluruhan sistem pendidikan keluarga.
Pengajaran Banjir
15 years ago
No comments:
Post a Comment