Masalah adalah perkara yang menimbulkan ketidakpuasan sesetengah pihak. Kebiasaannya ia menjejaskan kepentingan mereka dan perlu diatasi. Ada masalah yang besar dan juga kecil. Ada orang yang mencari masalah dan ada juga orang yang suka menyelesaikan masalah. Walau bagaimanapun tidak semua masalah itu merugikan kerana ada juga masalah yang mendatangkan keuntungan. Tidak semua masalah perlu dihapuskan atau diselesaikan. Sebenarnya ia bergantung kepada kebijaksanaan kita untuk bertindak dan mengatasinya.
Ada beberapa cara untuk menghadapi masalah seperti kita bertindak tegas dengan menghapuskannya, mengurangkan masalah tersebut, mengecilkannya atau tidak mempedulikannya. Ia bergantung bagaimana masalah tersebut memberi kesan keatas kita. Kemungkinan juga kita boleh menggunakan masalah tersebut untuk lebih berjaya atau lebih baik. Satu perkara yang perlu kita hindarkan adalah menyimpan masalah atau mengumpul masalah atau mencari masalah. Ini disebabkan masalah sebenarnya adalah seperti barah yang boleh menyebabkan kita tidak akan dapat lagi mengatasinya kecuali menanggungnya. Contoh yang nyata adalah hutang yang akan menjadi beban kepada kita sehingga boleh menyebabkan kita muflis. Semakin lama ia akan menjadi semakin parah kerana berbunga, berbuah dan beranak pinak.
Pengajaran Banjir
15 years ago
No comments:
Post a Comment