Jika kita tidak berkebolehan serta malas untuk berusaha tetapi bercita-cita tinggi maka berlakulah perkara yang negatif seperti penyelewengan, fitnah dan penganiayaan di dalam kerja. Sikap tidak bertanggungjawab dan tidak amanah ini jika tidak dibendung atau disokong akan menjadi lebih parah apalagi jika mempunyai atasan yang lemah dan tidak tahu apa hendak dibuat. Maka keluarlah arahan-arahan jahat dari orang yang kelihatan baik dan bermuka-muka. Mereka semuanya seolah-olah bertanggungjawab terhadap majikan sedangkan merekalah yang sebenarnya gagal. Gagal untuk menegakkan kebenaran dan mengambil tindakan kepada mereka yang tidak bertanggungjawab atau mereka yang tidak amanah atau mereka yang gagal melaksanakan tugas. Pada masa yang sama timbullah mereka yang irihati terhadap kejayaan orang lain dan bermulalah hasad dengki dengan penganiayaan dan fitnah. Kebiasaannya mereka yang berniat baik serta bekerja dengan betul akan di fitnah serta di aniaya kerana jika tidak tembelang mereka akan terbongkar. Mereka takut kepada kebenaran kerana sebenarnya merekalah yang pecah amanah atau menyeleweng atau tidak bertanggungjawab. Tetapi kita tidak perlu gusar kerana keadilan dan kebenaran tetap ada dan wujud cuma kesabaran yang di tuntut.
No comments:
Post a Comment