Apabila kita melanjutkan pelajaran dengan sendirinya kita juga memasang impian untuk mendapatkan dan mencapai sesuatu. Sekurang-kurangnya untuk memperbaiki hidup kita kepada yang lebih baik dan lebih berjaya. Tetapi siapa tahu halangan yang akan kita tempohi di tengah jalan semasa kita mengharunginya. Samada kita gagal dalam pelajaran kita atau kita tidak mencapai apa-apa pun sesudah berjaya dalam pelajaran. Kita hanya berjaya mendapatkan segulung kejayaan tetapi berkemungkinan kejayaan itu sudah tidak bererti lagi. Begitukah perjalanan hidup yang kejam ini. Ada insan lain yang sanggup menganiaya dan mengaibkan orang lain. Sikap dengki dan khianat ini kebiasaannya dilakukan oleh mereka yang bermuka-muka iaitu orang yang dilihat baik tetapi sebenarnya merekalah insan yang bertopengkan kebaikan tetapi mempunyai niat yang tidak baik. Alasan yang diberikan kononnya tiada apa yang berlaku, hanya prosedur biasa dan untuk mempertingkatkan dan memperbaiki pengurusan. Persoalannya kenapakah penyelewengan dilindungi dan diberikan kedudukan yang istimewa. Adakah pengurusan boleh bertindak sebagai tuan punya organisasi. Dimanakah keadilan kepada pekerja. Jika orang yang berkuasa adalah mereka yang berkepentingan dan dikuasai oleh pegawai yang berak di tengah jalan tetapi tidak mengaku atau baling batu sembunyi tangan. Sentiasa berlakun dan bermuka-muka dengan menggunakan kuasa dengan sewenang-wenangnya. Kita tahu siapa diri kita dan mereka cuma perspektif dan kepentingan pandangan yang membezakan kita. Halal tetap halal dan jangan sekali-kali kita menghalalkan cara untuk kepentingan diri.
No comments:
Post a Comment