Semasa kita bergembira meraikan kenduri atau beraya beramai-ramai, jangan lupa atau cuai atau lalai kerana terdapat segelintir orang yang berada dalam keadaan sedih, susah dan kedaifan. Terdapat juga segelintir orang yang akan cuba mengambil kesempatan atas kecuaian dan kelalaian kita itu. Antaranya mencuri kerana itulah pekerjaan yang tidak memerlukan maruah diri dan modal. Ia boleh dilakukan oleh siapa saja pada bila-bila masa. Pencuri tersebut hanya memerlukan keberanian dan kepantasan melarikan serta menyembunyikan diri. Kenalkah kita siapa disekeliling kita. Adakah mereka benar-benar seperti yang kita tahu dan jangkakan. Atau bersikap berpura-pura dan berlakun dengan tujuan tersendiri dan cuba mengambil kesempatan jika berpeluang dan terdesak.
Kita seharusnya sentiasa berhati-hati dengan diri kita dan orang-orang yang berada di sekeliling kita supaya tidak alpa dengan keadaan. Sedarlah kelemahan dan kelebihan kita mungkin merupakan satu peluang kepada orang lain.
Terjadi satu kejadian pecah cermin kereta semasa kenduri kahwin dengan tujuan ingin mencuri beg tangan yang mungkin menarik perhatian pencuri tersebut. Walaupun kereta tersebut berada berhampiran tempat kenduri tetapi kenapa orang yang berada di sekeliling kawasan tersebut boleh tidak terlihat dan sedar akan kejadian tersebut. Selepas itu maka berduyun-duyunlah orang yang berkerumun bertanya itu dan ini dan memberi ulasan mengenai kejadian tersebut. Apa faedahnya kerana kereta tersebut telah dipecahkan cermin dan beg tersebut telah lesap.
Pengajaran Banjir
15 years ago
No comments:
Post a Comment