Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Salam Sejahtera

Semoga Menjadi Insan Yang Bermaruah Dan Berguna. Ilmu Itu Pelita Hidup

Misi

2010 Tahun Memulakan Kejayaan Dan Menyelesaikan Segala Masalah
Hidup Bahagia Di samping Keluarga Tersayang.

Friday, January 29, 2010

Anak penyu

Teringat kisah di pusat penetasan penyu di pantai timur iaitu Cherating. Kami sekeluarga sampai ke kawasan berkenaan anggaran jam 10 pm. Ramai pelancung yang sedang mendengar taklimat dan menonton video mengenai penyu di bangsal pusat penetasan tersebut. Kami tergesa-gesa turun dan terus memasuki kumpulan tersebut untuk mengelak dari ketinggalan. Anak-anak begitu bersungguh-sungguh mengikuti program tidak resmi itu. Di akhir taklimat oleh pegawai perikanan itu kami dimaklumkan bahawa jika kami bernasib baik kami boleh melihat penyu secara berdepan. Tetapi hampa kerana pada malam tersebut tiada penyu yang mendarat untuk bertelur di kawasan tersebut. Untuk tidak menghampakan kami, pegawai perikanan memaklumkan bahawa mereka akan melepaskan anak-anak penyu ke laut pada malam itu dan di minta kami bersabar.

Bila tiba masanya, semua lampu dimatikan dan menjadi gelap. Anak-anak penyu tersebut dilepaskan dipantai dengan banyak sekali. Kami dapat melihat dengan cahaya bulan bagaimana anak-anak penyu tersebut berlari ke gigi air dan masuk ke laut. Kami juga di beri peluang untuk memegang dan melepaskan anak-anak penyu tersebut. Pihak jabatan sememangnya menyediakan pusat penetasan telur penyu yang terkawal untuk mengelakkan telur-telur penyu itu daripada diambil oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Ia juga bertujuan untuk mengelakkan penyu itu dari pupus. Ini disebabkan ancaman terhadap penyu hidup dan telur penyu boleh menyebabkan cucu cicit kita nanti tidak kenal rupa penyu dan menjadi tinggalan sejarah.

No comments:

Post a Comment