Keluarga adalah keutamaan. Ayah dan ibu bekerja di luar mencari rezeki untuk membesarkan anak-anak. Keberkatan dalam mencari rezeki adalah penting demi memelihara keharmonian keluarga. Banyak perkara yang dilakukan semasa bekerja yang akan menyebabkan pendapatan keluarga menjadi tidak berkat. Ini disebabkan kita tidak menganggap kerja itu sebagai ibadah dan mengambil kesempatan atas jawatan dan tanggungjawab kita di tempat kerja. Sukar bagi kita untuk membuat kebaikan dengan sokongan ikhlas rakan-rakan ditempat kerja. Semuanya berkepentingan dan berpura-pura demi sesuap nasi tanpa memikirkan baik buruknya. Tepuk dada tanya selera. Selera kita untuk kehidupan anak-anak.
No comments:
Post a Comment