Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Salam Sejahtera

Semoga Menjadi Insan Yang Bermaruah Dan Berguna. Ilmu Itu Pelita Hidup

Misi

2010 Tahun Memulakan Kejayaan Dan Menyelesaikan Segala Masalah
Hidup Bahagia Di samping Keluarga Tersayang.

Wednesday, January 20, 2010

Ada yang kita tahu dan tak tahu

Seharian duduk di rumah tanpa letrik amat memeningkan kerana kepanasan, lemas serta tanpa dapat menggunakan kemudahan letrik yang lain seperti tv dan komputer. Memasak nasi menggunakan dapur biasa juga janggal bagi saya yang kebiasaannya bergantung kepada letrik.

Talian talipon juga terlalu sibuk untuk membuat panggilan aduan tetapi akhirnya dimaklumkan pada sebelah lewat petang bahawa bekalan letrik seperti biasa di kawasan anda dan tiada aduan lain. Ini amat memeranjatkan dan risau bergelap pada malam nanti, maka beberapa panggilan lain dibuat kepada TNB. Pegawai TNB datang membuat pemeriksaan dan memaklumkan bahawa tiada fius yang putus dan kemungkinan pendawaian dalam rumah bermasalah. Apabila dibuat pemeriksaan sekali lagi, dapati kabel sambungan TNB di tiang telah dimasuki air dan terbakar. rumah jiran sebelah disyaki juga mengalami masalah yang sama. Jiran sebelah telah bersedia untuk memanggil tukang dan menyangka pendawaian dalam rumah bermasalah.

Selesai masalah yang diluar jangka dan perancangan kita. Hanya pakar sahaja yang boleh membaiki dan menyelesaikan masalah tersebut.

No comments:

Post a Comment